Linda comes out with her debut album, Jika Kau Kekasih dalam bulan lepas. Aku baru ajer dapatkan album Linda nih before aku exam. Tak sempat dengar and I have no time to make a review. So, aku decide nak review ngan album Evo sekalik. So, jom kita tengok apa yang ada dalam album debut Linda nih.
Album Jika Kau Kekasih menampilkan 8 buah lagu, hasil ciptaan komposer-komposer tempatan dan termasuk Linda herself. Album nih, secara total memuaskan dan banyak jenis muzik yang boleh kita dengar daripada album Linda ni. Lagipun, album nih dijual bersama-sama VCD percuma yang mengandungi persembahan-persembahan Linda di AF2 dulu.
01. Jika Kau Kekasih (Lagu oleh Ajai; lirik oleh Nurul)
Lagu pertama dalam album seharusnya mantap dan memberi impak kepada pendengar agar kita boleh terus enjoy keseluruhan album. Nampaknya usaha Ajai tak sia-sia. Lahu Jika Kau Kekasih nampaknya lebih sedap didengar berbanding lagu Aku Cinta Kamu. Lirik bagi lagu ini sangat indah dan nada suara Linda seakan-akan sedih dan berbisik kepada telinga kita tentang betapa sedihnya dia. Lagu ini juga menampilkan lirik yang bersahaja tetapi mebawa erti yang mendalam. Lirik lagu ini membawa pendengar pergi jauh mengenangkan nasib seorang perempuan yang bersungguh-sungguh cintakan kekasihnya.
02. Di Sini Malam Ini (Lagu & lirik oleh Sharon Paul
Pertama kali aku dengar lagu ni dekat radio ERA. Tapi aku tak dapat bayangkan Sharon Paul compose lagu ni sebab selalunya, Sharon Paul suka buat lagu yang sedih mendayu, tapi kali ni, lebih kepada 'berdansa'. Lagu ini disuntik dengan elemen Mexico dan menyebabkan sesiapa sahaja yang mendengar akan turut sama berdansa. Tapi cuma satu yang kurang iaitu vocal Linda. She has such a good voice tapi dalam lagu nih kedengaran macam tenggelam timbul suara Linda.
03. Muli Kampung (Lagu & lirik oleh Atama, Amber Rose & John Gaisah)
Terus terang aku katakan yang aku tak paham verse pertama lagu ni, dinyanyikan dalam bahasa apa jugak aku tak tahu. Cuma yang aku pasti, lagu ni semuanya tentang kampung halaman. Lepas tu, ada rap verse oleh seorang rapper yang rap dalam bahasa yang tidak diketahui itu. Walaubagaimanpun, ia satu percubaan yang baik, untuk memasukkan elemen etnik ke dalam lagu.
04. Kau Pergi Saja (Lagu & lirik oleh Linda)
Satu lagu yang bersahaja. Lebih kurang dengan lagu-lagu ciptaan pelajar AF2 yang lain seperti Zahid dan Adam. Lagu ni tak ada yang istimewa cuma keseluruhan lagu nih diiringi oleh gitar.
05. Ku Percaya (Lagu oleh Helen Yap; lirik oleh Haslan Hussain)
Lagu rancak ni cukup sederhana. Baik dari muzik arragement sampaikan kepada vocal Linda. Terus-terang aku katakan yang Helen Yap seperti ketandusan idea compose the same rythm sebab banyak lagu-lagu Helen yang berentak sebegini. Sebenarnya, Helen bagus jugak dalam penciptaan lagu balada. Sebab hasil lagu Kembalikan Indah oleh Siti Nurhaliza cukup untuk membuktikan yang Helen mampu bersaing dengan Adnan Abu Hassan, Ajai dan lain-lain. Kenapa tidak berikan kepada Linda sebuah lagu balada berentak RnB supaya dapat menvariasikan albumi ini.
06. Memori Rindu (Lagu oleh Adnan Abu Hassan; lirik oleh Faris)
Adnan Abu Hassan cukup sinonim dengan irama pop balada. But, honestly, I like this song. Memang susah nak minat lagu-lagu ciptaan Adnan sekarang. Susunan muzik untuk lagu ni cukup fresh. Tiada lagik petikan piano seperti lagi-lagu baladanya yang lain. Pun begitu, masih ada yang kurang dalam persembahan lagu ni. Maybe vocal Linda dan lirik lagu ni sendiri. Tapi lain-lain, ok!
07. Aku Cinta Kamu (Lagu oleh Ajai; lirik oleh Nurul)
Kenapa lagu ni perlu ada dalam album debut? Mungkin sebab lagu ni adalah lagu pertama Linda. Tapi, aku dah jemulah dengar lagu ni. Macam biasa, tiada perubahan yang dilakukan untuk lagu ini. Aku harap, mungkin ada muzik arrangement yang baru, tapi sama macam dalam album kompilasi Evo tahun lepas.
08. Kalaulah Saja Ku Boleh Terbang (Lagu oleh Linda; lirik oleh Loloq)
Lagi lagu ciptaan Linda. Berbeza dengan lagu Kau Pergi Saja, lagu ni lebih rock dan liriknya lebih bagus. Penyampaian Linda dalam lagu ni memang berkesan kerana Linda tak pernah nyanyi lagu yang agak rock dan pada lagu ni, nampaknya usaha Linda tak sia-sia.
Kulit Album
Nampak sahaja kulit album Linda, dah tau mesti ada orang yang taja solekan dan dandanan kan? Semua solekan dan dandanan adalah tajaan La Diva Beauty Care. Lain dari yang lain. Kerana album Farah sebelum ni, agak nampak cincai berbanding dengan album Linda. Harap lepas Maestro buatkan kulit album artis-artis AF yang lain dengan lebih bagus sebab antara salah satu sebab pembeli membeli album adalah disebabkan oleh faktor kulit album.
Dari halwa telinga aku :
1. Memori Rindu
2. Jika Kau Kekasih
3. Di Sini Malam Ini
4. Kau Pergi Saja
5. Kalaulah Saja Ku Boleh Terbang
6. Kau Pergi Saja
7. Aku Cinta Kamu
8. Muli Kampung
Posted at 01:20 pm by little_pixie
 |  |  |
atirah September 1, 2006 06:24 PM PDT
ala semuanya tak best lagu apalah |
 |

 |  |  |
anw_vdaa July 20, 2006 01:53 PM PDT
mmg best giler lagu jika kau kekasih..njoy!! |
 |

 |  |  |
WANY July 8, 2006 11:23 PM PDT
LINDA IS THE BEST!!! |
 |

 |  |  |
PrittyRin's May 31, 2006 05:32 PM PDT
lagu jika kau kekasih memang sedap gila.tapi jarang berkumandang kat radio.pastu tak menduduki carta top 10 plak tu.kenapa lagu yang sesedap ini org tak suka????????? |
 |

 |  |  |
LIN May 12, 2006 05:01 PM PDT
BEST GLE LAGU JKA KAU KAKASIH..
HSLKN LAGI LAGU YG BEST2.. |
 |

 |  |  |
ainulbariah May 11, 2006 05:39 PM PDT
lagu Di Sini Malam Ini tu susah nyer nk cr mp3nyer..tp aku plg suke lagu jika kau kekasih...tak sangka akhirnya si Linda ni dapat buktikan dia punyai suara yg buleh tahan sedapnyer...kira tak ler jual muka cun je kan?hheheeh |
 |

 |  |  |
shai_KL April 26, 2006 11:40 AM PDT
TaPier cukup terkesan dengan lagu Jika kau kekasih. Setiap kali Ajai cipta lagu..., mesti ada kena-mengena ngan kisad idup aku.
Lagu ni pun sebijik macam kisah idup aku. Boleh nangis setiap kali dengar lagu ni. |
 |

 |  |  |
nza April 25, 2006 09:09 AM PDT
best lagu kerana kau kekasih..:) |
 |

 |  |  |
Name January 12, 2006 07:25 PM PST
Bahasa dalam Muli Kampung is "Dusunic" language. Bahasa Dusun is the language that Linda speaks. |
 |

 |  |  |
pixie November 26, 2005 03:53 PM PST
Pixie tetap suka lagu Memori Rindu..
Best gilaks!! |
 |

 |  |  |
Pinka November 26, 2005 03:52 PM PST
Suka lagu Di Sini Malam Ini
Best ada cam rentak Spanyol skit |
 |

 |  |  |
y November 19, 2005 08:55 PM PST
SEMAKIN KU DENGAR SEMAKIN KU SUKA KALAULAH SAJA KU BOLEH TERBANG. best! ops, capslock sorry lol |
 |