Adam release dia nyer debut album before Linda tapi aku pergi review album Linda dulu lah pulak. Tak per ah..kali nih giliran Adam. Before aku start review, aku nak ucapkan tahniah kat Adam becoz dia berjaya masuk ke peringkat akhir Juara Lagu 20. Then, dapat lagu paling popular voted by fans via sms and web. Kalau dah masuk final tu buatlah bebaik, jangan sekadar melepaskan batuk di tangga ajerk. Nanti buat penat masuk tapi tak dapat apa-apa. Ulangilah kejayaan Ezlynn ok..??
Album Adam nih mengadungi 10 buah lagu termasuk lelagu yang pernah Adam nyanyikan sebelum dia rakam album penuh nih. Tapi susunan muzik semuanya baru kecuali lagu Menggapai Bintang yang dinyanyikan Adam dalam versi solo. Antara komposer yang terlibat dalam pembikinan album debut Adam nih ialah Edry Abdul Halim, Ajai, Adnan Abu Hassan dan Alvyn Durin.
01. Tak Tahu (Lagu & lirik oleh Edry Abdul Halim)
Single kedua selepas Haruskah. Adam berjaya menguasai lagu nih dengan baik mungkin sebab ini adalah genre muzik kegemaran Adam dan ia dapat diterima ramai. Penggunaan frasa "Ha ha tak tahu" yang biasanya digunakan oleh bebudak kecik berjaya diolah menjadi lagu oleh komposer berbakat, Edry. Secara jujur, aku memang suka semua karya Edry. Lirik lagu yang kuat juga boleh menambat hati pendengar. So, lirik dalam lagu ni dicipta bersesuaian dengan aliran muzik bagi lagu ni. Kawalan vocal Adam pun bagus, dan penyanyi rap dalam lagu ni pun boleh rap dengan bagus.
02. Sana Sini (Lagu & lirik oleh Edry Abdul Halim)
Permulaan lagu ni agak familiar. Mana taknya, ia seakan-akan intro bagi lagu Swicth kalau tak salah aku. Tapi korus bagi lagu ni memang agak sempoi. Lagu ni agak mudah dan menampilak Adam sendiri untuk rap verse. Tapi aku still tertanya-tanya, suara perempuan siapa yang digunakan dalam lagu nih..? Cam familiar jugak..
03. Jatuh (Lagu & lirik oleh Edry Abdul Halim)
Aku rasa agak bosan bila dengar lagu nih. Macam lagu Sampai. Memang tak keterlaluan kalau aku cakap Edry ketandusan idea dalam penciptaan lagu-lagu balada, tapi tak bermaksud aku tak menyukai lagu-lagu ciptaannya. Memang lagu ni sedap, tapi lagu nih masih memabayangkan lagu Sampai. Furthermore Yusry dan Adam mempunyai suara yang seakan-akan sama. Tapi, susunan muzik bagi lagu nih agak baik dan harus di jadikan contoh oleh komposer-komposer lain. Sebab, bagi menghasilkan lagu-lagu berentak macam nih, feeling tu mesti lebih.
04. Terhangat Di Pasaran (Lagu & lirik oleh Edry Abdul Halim)
Perlu ke lagu ni dimasukkan kembali? Agaknya KRU taknak buang masa carik lagu baru kot. Walaupun lagu ni diberi nafas baru dengan mengubah susunan muziknya, tapi, aku tetap dah jemu dengar lagu nih. Lagipun lagu ni terlalu laju berbanding versi yang dahulu. Aku lansung tak dapat bezakan antara suara Adam ngan suara ahli KRU yang lain. Di pengakhiran lagu juga diubah. Ada diselitkan dialog konon-kononnya Adam ni artis yang lagunya dimainkan diseluruh stesen radio. Yang paling lawak bila ada sorang mamat tu cakap "Asyik, asyik Adam Adam Adam!" kelakar lah pulak!
05. Ku Bertanya (Lagu & lirik oleh Adam)
Lagu ciptaan bintang AF macam satu spesis jerk. Baik Adam, Zahid, or Linda. Menggunakan gitar sebagai instrument utama. Lagu nih mengisahkan Adam putus cinta ngan kekasihnya. Tapi bagi aku, masih banyak lagi yang perlu Adam belajar untuk menjadi cam senior-senior KRU. Tapi, percubaan Adam nampaknya agak baik dari segi lagu mahupun lirik. Sebab lagu ni taklah menyakitkan telinga.
06. Haruskah (Versi Remix) (Lagu oleh Ajai; lirik oleh Nurul)
It's awesome! Lagu yang sebelum ni agak lembab dan panjang, tapi berjaya di 'upgrade'kan oleh Edry. Memang lain bunyinya. Berbeza susunan muzik Ajai ngan Edry. Tapi, aku rasa both of them ada kebolehan masing-masing...Lagu nih menjadi lagu kegemaran aku pulak lebih diremixkan. Well done!!
07. Seri Satu Sama (Lagu & lirik oleh Edry Abdul Halim)
This is my favourite track! Memang pertama kali dengar lagu nih, aku dah suka. Tak tau kenapa, muzik intronya ajer dah memukau aku. Liriknya juga boleh tahan dan susunan muziknya boleh dikira setaraf dengan komposer antarabangsa. Lagu nih memang best dan menggunakan Nine sebagai suara latarnya. Aku suka sangat lagu nih!
08. Menggapai Bintang (Lagu oleh Adnan Abu Hassan; lirik oleh Faris)
Lagu nih disampaikan secara solo oleh Adam tanpa Zahid dan Farah. Susunan muziknya masih tak berubah. Adam dapat menyampaikan lagu ni dengan baik tapi bayangan Zahid masih ada dalam lagu ni sebab kombinasi antara dey all semua memang dah ter set dalam minda pendengar. Well, aku suka bila Adam menyelitkan unsur-unsur humor tapi masih ingat akan Zahid ngan Farah. Adam cakap,"Zahid, Farah, mana korang nih. Penatlah Adam nyanyi sorang-sorang". Lagi satu, Adam menyebut setiap seorang nama pelajar AF2.
09. Walaupun (Lagu & lirik oleh Alvyn Durin)
Lagu nih diciptakan oleh kawan Adam. Tapi lagu nih masih dibayangi oleh lagu-lagu KRU yang terdahulu. Aku pun tak pasti kenapa Adam menerima lagu yang ala-ala KRU? Dah minat sangat kot. Lagu nih berentak balada dan sangat sesuai sekalik untuk orang yang sedang in love...
10. Keliru (Lagu & lirik oleh Alvyn Durin)
Nice song tapi masih dibayangi oleh KRU. Susunan muziknya agak baik dan Adam sendiri rap dalam lagu nih. Pengawalan vocal Adam jugak agak baik dalam lagu nih. Tapi Adam masih tak dapat lari dari bayangan KRU.
Kulit Album dan Style
Sekali pandang, nampak macam permainan video sebab Adam posing macam pahlawan angkasa. Tapi aku rasa kalau gambar pedang tu tak der lagi cantik kan..? Pastu, reka bentuk kulit album oleh Yusry dan style oleh Adam. Yusry memang mempunyai imaginasi yang kreatif dan mampu menghasilkan kulit album yang sebegini kreatif. Pihak Maestro harus mencontohi beliau sebab pereka cover album bintang-bintang AF (aku saja tak sebut namanya) haruslah lebih kreatif. Jangan buat main cincai ajerk. Aku pernah bayangkan kalau orang Maestro tu reka kulit album Adam, macam mana lah agaknya....
Dari halwa telinga aku :
1. Seri Satu sama
2. Haruskah (Versi Remix)
3. Tak Tahu
4. Sana Sini
5. Menggapai Bintang
6. Keliru
7. Terhangat Di Pasaran
8. Walaupun
9. Ku Bertanya
10. Jatuh
Posted at 01:55 pm by little_pixie
 |  |  |
norhidayu bt hamzah August 19, 2009 06:42 PM PDT
aklu minat giler kat adam.......................................................................................................................................................................... |
 |

 |  |  |
nurul November 20, 2008 06:21 PM PST
hidop sabah |
 |

 |  |  |
nurul November 20, 2008 06:21 PM PST
hidop sabah |
 |

 |  |  |
Name May 13, 2008 11:10 PM PDT
adam comel!! i want to have picture wif adam and his number!!plszzz!! |
 |

 |  |  |
djmasterzk March 7, 2008 03:16 PM PST
bagus bagus |
 |

 |  |  |
no name February 29, 2008 03:19 PM PST
geli aku ngan korang nie |
 |

 |  |  |
Name June 9, 2007 04:37 PM PDT
hai~
saya minat sangat dengan abg
|
 |

 |  |  |
Nametengku5zal January 29, 2007 08:47 PM PST
good luck......... |
 |

 |  |  |
Name August 15, 2006 03:21 PM PDT
abg Adam..........
nie peminat abg dari dulu lagi......
boleh tak abg jadi abg angkat saya....
hope tak jadi masalah........ |
 |

 |  |  |
toydoll July 1, 2006 02:03 PM PDT
tulker adam n yus gaY> |
 |

 |  |  |
pening kepala May 26, 2006 09:28 AM PDT
aku suka semua lagu,sapa ada lirik semua ni leh bagi aku tak |
 |

 |  |  |
sakinah May 19, 2006 12:44 PM PDT
paling suka ngan lagu Seri satu sama!! |
 |

 |  |  |
chezzy April 2, 2006 01:22 PM PDT
album adam memang best. kesemua lagunya sedap-sedap belaka. suka sangat lagu jatuh, ku betanya ngan walaupun. |
 |

 |  |  |
Norhayati Binti Isnin December 9, 2005 12:17 PM PST
ske sangat ble album adam dah kuar....buleh bli...tapi pastikan yang terbaik dari adam untuk fan yea... |
 |

 |  |  |
Rama-rama November 26, 2005 03:50 PM PST
Suka sangat lagu jatuh... |
 |

 |  |  |
Pixie November 26, 2005 03:50 PM PST
Memang album nih best arr coz banyak lagu best dalam nih.. |
 |

 |  |  |
Pinka November 26, 2005 03:50 PM PST
Beslah boy..
Semua lagu best sgt... |
 |

 |  |  |
Boy November 26, 2005 03:49 PM PST
Best ker...
Nak kena beli ker..?? |
 |