Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Tentu ramai yang terkejut kenapa aku boleh menulis sekarang sedangkan aku masih ada masa sebelum untuk menamatkan National Service Traning. Aku sekarang bercuti selama 3 hari untuk buat preparation untuk temuduga perguruan yang akan dijalankan pada 8 Mei 2006. Aku ambik TESL. Aku harap aku akan berjaya dalam interview tu. Sebelum ni pun aku dah pergi untuk satu interview di UiTM Melaka, dalam jurusan Komunikasi Massa. But, I really don't know, what course should I take..Never mindlah, yang penting hari nih, aku nak buat satu tugasan besar, iaitu menulis tentang Transkripsi, album terbaru Siti Nurhaliza.
Track bermula dengan bisikan Siti menerusi lagu Siti Situ Sana Sini. Sebenarnya aku kurang pasti kenapa perlu menggunakan nama Siti dipangkal tajuk lagu sedangkan Situ Sana Sini sudah mencukupi. Aku suka lagu ni, sebab ia bagai menjadi satu kesinambungan lagu Dua Dunia nyanyian Siti dan Too Phat. Lagu ni berentak Pop-R&B dan sedikit element hip-hop. Meletakkan lagu ni sebagai track pertama adalah amat baik, sebab sekarang orang malas nak layan lagu jiwang˛ nih. 10/10
Biarlah Rahsia ciptaan Melly Goeslaw mewarnai track kedua. Lagunha begitu indah. But I prefer versi live masa kat APM haritu (macam mana aku boleh dengar, adalah sumber˛ nya..) Tapi versi studio nih agak mendayu dan susunan muzik Aubrey memang superb. String ngan violin digabungkan, dan terhasillah lagu yang best giler nih. Lirik yang dicipta sendiri oleh Siti membawa maksud yang mendalam. Macam ada apa˛ jer...10/10
Lin Li Zhen yang pernah mencipta Awan Yang Terpilu, berjaya beralih angin apabila lagu nih terhasil. Destinasi Cinta rock habis! Vocal Siti pun lain apabila memperdengarkan lagu nih. Tapi rentak lagu nih macam zaman 90an lah. Ada macam lagu BSB, Just Want You To Know. Kalau videoclipnya dibuat ala 90an mesti gempak habis. Tapi kenapa perlu ada yeay..yeay dibahagian korus? Takkan nak tiru Bandi Amuk kot?? Aku rasa tak padanlah frasa yeay..yeay tu..Maybe boleh digantikan dengan lirik yang lebih baik. Tak pun oh..oh sebab yeay..yeay tu macam curik trademark orang. 9.5/10
Lagu dari seberang gak, Cuba Untuk Mengerti lain dari yang lain. Tapi tak nampak macam lagu Indonesia walau penciptanya dari Indonesia. Liriknya juga dicipta oleh komposer yang sama. Lagu nih memang mendayu tahap dewa. Siapa dengar leh menangis nih. Korus lagu nih lain dari yang lain, kalau tak caya cubalah dengar. 9.8/10
Yassin seakan hilang idea. Ntah apa-apa ntah sekarang nih. Sejak dia buat lagu Vince, Berkobar Kobar, semua lagu dia dah dekat nak sama. I wonderlah, kenapa Siti pilih lagu nih? Lagu Hidup Penuh Bicara bukan tak sedap, tapi terlalu fusion, macam dah bukan world music. Part yang paling aku tak suka masa seksofon tu. Sebijik cam Berkobar Kobar. Lagi pun lirik dia pun tak berapa nak best (Yassin punya wife yang buat). Aku rasa Lagu Rindu tetap the best! 6/10
Bila Harus Memilih ciptaan Glen oh my....sama jer macam lagu Indon yang lain. Takde keistimewaan cuma vocal Siti. Itu sahaja. Nasib baik lagu nih tak seteruk lagu yang diberi kat Fazley, kalau tak mau aku bakar CD nih...hehehe.. 6.5/10
Lagu Melly lagi. Pastikan sebuah lagu rancak tapi memang ke-Melly-an sangat. Sekali dengar dah tau. tapi aku salute kat Melly nih sebab lagu dia walau sama, tapi sekali dengar dah sedap. Memang sedap lagu nih. Lirik dia pun unik. Aku suka masa part, "...Biar langit dan bumi meruntuh, biar jasad kita tertimbun di sana". Mendalam sungguh! 10/10
Hati Berbisik merupakan lagu ciptaan Siti sendiri dan Aubrey. Lagu nih ada iras lagu Mariah Carey, tak perlu cakap lagu apa, maybe dah tau. Tapi kekuatan lagu nih bukan pada korus, tapi pada versenya. Memang syahdu giler tahap dewa. Pasti cair punya. Sebab aku sendiri tak sangka Siti boleh compose lagu yang sebegini baik bersama Aubrey. Lagi pun vocal Siti memang superb dalam lagu nih. Keep up the good work! 9.9/10
Rupanya Kita Serupa memang jazzy. Siti banyak guna half-whistling dan it's work!! Cayalah! Cat nih pandai betul buat lagu. Memang lain dari yang lain. Walaupun dah banyak kali dengar lagu Sheila Majid tapi aku tak pernah dengar alunan muzik seperti ini, dan menurut Aubrey selaku penerbit, melody nih hails from South America dan commanly can be found in Jazz and Latin albums. 8/10
Erwin Gutawa memang brilliant giler. And Habsah Hassan memang creative tahap dewa! Lagu yang indah dicampur adukkan dengan lirik yang best, maka terhasillah Tanpa Dendam Di Hati. Memang mantap persembahan vocal Siti dalam lagu nih sebab lagu nih memang seakan berbisik dan sampai satu part tinggi. Siti berjaya lagi dalam lagu ni. 10/10
Apa tu Intrig Cinta? Menurut kamus elektronik aku Intrik bermaksud komplot. That's mean tajuk lagu bermaksud Komplot Cinta. Tapi kenapa Loloq mesti pakai ejaan Intrig? Sebab, kalau dalam bahasa Melayu, ia di eja Intrik, manakala dalam bahasa Inggeris ia di eja Intrigue. Kenapa lain? Adakah Loloq sengaja nak orang cipta havoc, nanti keluar paper cakap lagu Siti tak ikut ejaan yang betul. So, sendiri fikir. Balik pada lagu. Ya, lagu nih memang best giler. Percubaan Siti untuk cipta lagu tak sia-sia. Memang fusion Pop & R&B ditambah dengan elemen violoin India, fuhh...dahsyat! 10/10
Lagu nih malas nak review. Ntah sapa ntah penciptanya. Lagu Impiankan Nyata agaknya lagu terakhir kot untuk masukkan dalam list album. Takde kualiti lansung. Aku dah banyak baca ulasan album nih, semua sama. Semua cakap yang lagu nih ntah apa˛. Joe Klubbkidd kata lagu nih cut and paste dari 1000 lagu Melayu. Memang betul pun. Harap je tajuk best tapi lagu hampeh! Lagu nih adalah yang paling lemah dalam Transkripsi. 5/10.
Nasib baik lagu Bisakah ciptaan Aubrey ada sebagai penyelamat. Lagu nih memang lain dari yang lain. Penciptanya dari Malaysia tapi sounds like Indonesia. First time dengar masa Siti buat persembahan yang ada Datok K tu. Sound tak clear. Tapi bila dah dengar yang original punya, oh my, memang best!!! Nasib baik rating aku sampai 10, kalau tak memang nak bagi lebih! 10/10
Kulit Album
Cover depan cantik. Lain dari yang lain. Selalu letak dalam case CD sekarang dalam kotak. Tapi dulu masa previous album ada percuma VCD tapi nih takder percuma. Ye lah, harga pun murah RM29.90, berbaloilah tu. Cuma, inlay dalam kotak CD tu yang menyebabkan aku tak puas hati. Macam tangkap muat jer. SM sendiri kata takde konsep. Macam Siti buat album untuk fashion show. Cuma nampak kematangan Siti, itu saja. Ada gambar yang dekat belakang, tempat letak CD tu, nampak scary lar..Hehehe...Takut..!
Dari Halwa Telinga Aku
1. Bisakah 10/10
2. Biarlah Rahsia 10/10
3. Tanpa Dendam Di Hati 10/10
4. Pastikan 10/10
5. Siti Situ Sana Sini 10/10
6. Intrig Cinta 10/10
7. Hati Berbisik 9.9/10
8. Tanpa Dendam Di Hati 9.8/10
9. Cuba Untuk Mengerti 9.8/10
10. Rupanya Kita Serupa 8/10
11. Bila Harus Memilih 6.5/10
12. Hidup Penuh Bicara 6/10
13. Impiankan Nyata 5/10
Rating keseluruhan : 9/10
Oklah sebelum aku undur diri untuk seketika, marilah rating untuk album nih. Kat bawah nih aku dah sediakan satu poll. Then aku harap, sesiapa yang dah beli album "Transkripsi" ni bolehlah rate untuk album nih. Tarikh tutup sehingga aku tamat latihan PLKN, 10 June 2006.
Ok, aku harap korang semua still support Siti and nak ucap congrats kat Siti sebab berjaya pertahankan Anugerah Vokal Wanita Terbaik Dalam Album masa AIM yang lalu. Bye semua!
Posted at 12:58 pm by little_pixie
 |  |  |
mohamad October 7, 2007 02:04 PM PDT
album terbaik......paling terbaik!!!!!!! semua lugu dlm ni semuanya terbaik!!!!!! biarlah rahsia, bisakah, hati berbisik, dan tanpa dendam di hati adalah lagu paling terbaik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
 |

 |  |  |
adik October 7, 2007 02:03 PM PDT
HARI2 AKU DENGAR ALBUM NI!!!!!!!!! berst giler ar lugu bisakah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
 |

 |  |  |
mohamad October 7, 2007 02:01 PM PDT
album terbaik......paling terbaik!!!!!!! semua lugu dlm ni semuanya terbaik!!!!!! biarlah rahsia, bisakah, hati berbisik, dan tanpa dendam di hati adalah lagu paling terbaik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
 |

 |  |  |
dior July 27, 2006 10:59 PM PDT
album ct nurhaliza its the best.....i like it |
 |

 |  |  |
dior July 27, 2006 10:58 PM PDT
album ct nurhaliza its the best.....i like it |
 |

 |  |  |
luthfi June 2, 2006 11:52 AM PDT
siti aku cuma mau bilang, teruslah jaga prinsipmu yaitu berpenampilan sopan,karena aku selalu risau terhadap hal itu....... |
 |

 |  |  |
diya May 27, 2006 02:14 AM PDT
erm.. diya suker sgt lagu Cuba Untuk Mengerti.. so sweet.. n dis song actually quite tough 4 the beginner like me.. huhuhu.. wish u best of luck kak ct!!! |
 |

 |  |  |
y May 12, 2006 10:40 AM PDT
suka vocal siti dlm lagu baru dia. tapi those types of songs are not my taste la... pening dibuatnya. |
 |