>> HOME <<
>> HAELIOS' BABY <<
>> HAELIOS' FOTOPAGES <<
>> SIGN MY GUESTBOOK <<
>> CONTACT ME <<
>> EXITS <<
My Name :: Izwan
My Date Of Birth :: 17 July 1988
My Horoscopes :: Western - Cancer and Chinese - Dragon
My Favourites :: Singing, writting, talking and...Dreaming!!
My Foods :: Fast food, chicken and pizza
My Drinks :: Fruits juice dan sky juice
My Things :: Nokia 7610, personal computer, electronic dictionary, and motorcylce
My Lovely Artiste :: Siti Nurhaliza, Adibah Noor, Billy Zulkarnain, Britney, Tom Welling, Agnes Monica, Irwansyah, Rossa, Nana ker??, Ekin and Eliza Dushku
I Hate :: Hypocrite, annoying children and I-have-no-insurance's mouth
Currently Listen To :: OST Heart (Various), Transkripsi (Siti Nurhaliza), Whaddup, A'..?! (Agnes Monica), PCD (The Pussycat Dolls) & No. 1 (Ratu)
Currently Watching :: Akademi Fantasia 4, Project Runaway 2, Gol & Gincu : The Siries & Ku T'lah Jatuh Cinta
My Wishlist ::
Learn Photoshop, My own laptop, My own N80, Tiger Eye, TESL or Masscomm, Meet Siti Nurhaliza, Excellent job, My one and only soulmate, Asets, & Happily married.
Hello there, nice to see you here and you're very welcome to my blog. Feel free to read entire of the blog, write comments on my blog and don't forget to tag on my shoutbox and sign my guestbook. This is a place that I say what I want to say, I critic what should be critic and I respon what are actually happen currently. So, please respect every single thought that written on my blog. If you feel that my words are too harmfull and rough, please GET OUT from here forever and you're not welcome anymore!
Owner : Izwan
Online Since : May 2005
Greenish Since : Dec 2005
Header : Akademi Fantasia 4 V6
Image From : Akademi Fantasia Official Website
Language : Bahasa & English
Scope : Entertainment, Leisure, Art & Life
Best View : Mozilla Firefox / IE 6+
Best Seen : 1024 x 768 / 800 x 600
Credits goes to MSJBox for the awesome shoutbox, Photobucket and Imageshack for the place I upload my pictures and keep them safely, Geocities for the place I upload my song and last but not least, Blogdrive for the free account and service.
None at the moment.
|
|
Friday, June 30, 2006
Aku dah temui apa yang aku inginkan, dan aku rasa itulah apa yang aku inginkan. Thanks to blogdrive sebab mengajar aku erti blogging selama 1 tahun setengah. Thanks alot
Aku akan berpindah ke rumah baru, dan semuanya baru...Baru aja aku bina semalam dengan bantuan Lisa dan Winter. Aku harap dengan perpindahan aku ke rumah baru dapat memberikan peluang kepada aku untuk belajar dengan lebih mendalam tentang php etc.
http://haelios.silenteve.net
Aku harap korang terhibur dengan blog aku ni, and tak sangka pulak header AF4 nih sebagai header penutup. Untuk makluman, rumah baru aku tu tidak akan membuat review AF sehingga diberitahu, sebab Ahad ni aku dah nak ke UiTM sebab tu dah takda masa nak tengok TV. So, life must full with book, etc..
Oklah..jumpa dirumah baru! Jangan lupa tukar alamat link aku kat blog kengkawan ek!
Posted at 12:05 pm by little_pixie
Permalink
Tuesday, June 27, 2006
Walau sibuk sana sini, aku still nak update blog aku yang dah beberapa hari sunyi. Well, aku bukan nak update secara keseluruhan, tapi aku rasa cukuplah aku bagi komen 'pedas' aku kat bebudak dalam akademi sejak dua menjak ni. Si Amirul tu pun nak jadik spoilt brat jugak ke? Asyik carik gaduh pastu nangis² mintak simpati? Cukup ke tisu sponser tu nak lap air mata kau? Asyik meleleh je, dah lah bawak lagu asyik ke laut, pastu suka sangat create masalah. Ingat ni dunia kau ke kau sesuka hati nak buat apa?
Si Salima again, nangis mintak orang vote ke? Dapat lagu Because Of You yang memang popular giler gegar pun takkan tak pernah dengar jugak? Oh, maybe kau pendengar radio Sinar kot..Ataupun memang masuk AF ni nak carik glamer, pengetahuan tentang dunia hiburan pun tak tau, Zila tu boleh lah dimaafkan sebab lagu lama, ini tak, kalau cakap ngan Cikgu Linda speaking biskut Almond London, tapi lagu Kelly tu pun tak tau? Nasib badanlah. Haziq? Menyemak je mamat tu, makin lama, makin ntah apa² and dia nyanyi masa konsert haritu, memang hancur! Arrgghh.. memang rosak lagu Spider! .
Minggu ni Farhan dapat lagu Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia!! Aku harapkan dia buat yang terhabis baik, even dia tak pernah dengar lagu tu, and again dapat dimaafkan sebab lagu tu popular lepas dey all masuk AF. Wish you all the best!! (Aku harapkan Zila nyanyi lagu ni, tapi Farhan dapat, takpa lah, aku tak kisah, sebab Farhan gerenti dapat bawak dengan bestnya!
Tagged by Lisa
4 jobs I would stink at:
Jogging
Hard jobs
4 nicknames I’m making up for myself:
Pixie
Little Pixie
Haelios
Haelios Eclipse
4 movies I can watch over & over:
Cadet Kelly
X-Men (All)
Freaky Friday
Harry Potter (All)
4 alcoholic beverages I enjoy from time to time:
Yarkk...Never
4 fantastic destinations I would like to go to on vacation before I pass out:
Paris (Of course)
Sydney
Mekah (Of course)
Brunei
4 things I love to do on weekends:
Watching TV all day long
Reading
Sleep
Listening to musics
4 celebrities I would go on a Big Date with:
Siti Nurhaliza (Valid until 8.08.06 heheh.. )
Agnes Monica (Love her...very much!!)
4 objects I could not live without:
Food (Nobody can live without this magic thing!)
Internet (I wish I could online in UiTM)
Handphone
Music (Can't imagine...)
4 gadgets I do not have which I would quite like to have:
O2 XDA Atom II
iPod Nano
4 wannabe celebrities tagged:
Shai
Kak Yonna
Risha
Posted at 07:21 pm by little_pixie
Permalink
Sunday, June 25, 2006
Zila Walking Out With Her Boots!
Posted at 02:56 pm by little_pixie
Permalink
Friday, June 23, 2006
Hye there, I didn't write anything about AF last 2 day, sorry coz I went to KL nak buat preparation untuk ke UiTM. Cuba teka, aku dapat kos apa? Rayuan aku dapat MassComm..finally. 2 July masuk. So, tak dapat nak buat review lagi. Anyway, ni online pun kat my father punya office. Gonna buy a new notebook. Da!!
P/S : Kepada anti-Pixie, finally da!!
Posted at 11:34 am by little_pixie
Permalink
Tuesday, June 20, 2006
Faizal & Zila Terhimpit, Salima Tersepit!
Tersebutlah satu gerangan kisah yang dititip indah, pada zaman dahulu kala, tinggal 9 orang wira dan wirawati di dalam sebuah kubu mewah yang diberi nama Akademi Fantasia. Minggu berganti minggu, mereka diberikan pelbagai tugasan yang kadangkala tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran. Pun begitu adanya kemudahan tukang ajar yang bertauliah tapi malang nasib seorang wira dan seorang wirawati tidak dapatlah mereka merasa tenteram dek tugasan yang tidak pernah terfikir waras akal mereka. Wirawati Zila sangat sukar untuk menyebut butir Bahasa Inggeris yang sememangnya sangat asing bagi dia kerana masakan keju boleh bertemu dengan sambal sotong kering air tangan ibunya.
Malang yang tidak berbau juga datang tertimpa di atas bahu Faizal kerana harus menyanyi lagu yang agak cepat sebutannya hingga dirasakan dia lebih semput berbanding pesakit asma adanya. Pun begitu bersemangat untuk menyanyikan lagu Wo!! tersebut, kiranya tiada tandingan kudrat melawan kehebatan pendendang asal. Kira adanya Faizal harus bersungguh-sungguh untuk bertempur minggu ini agar kehebatannya tidak luntur dek rasa tekanan yang melanda diri
Ok tak? Hehehe...sesaja je melepaskan rasa keboringan kat sini. Ntahlah, kesian tengok Zila ngan Faizal, they just tertekan kat dalam tu. Kesian both of them. Balik cerita pasal Salima, ermm..apsal lah sedih sangat tahu yang dia tu kat bawah sekali? Farhan tu berminggu² dok kat bawah tak nangis pun? Nak raih undi ke? So, sekarang dengan bagganya diumumkan kedudukan Salima buat masa ni, she's on top! .
Lepas tu tunjuk bebudak tak cukup umur, si Haziq ngan Amirul main bola senaman tu. Agaknya kat rumah depa takda kot, tulah teruja semacam je . Diari pagi ni banyak focus pada Zila ngan Faizal sebab seperti yang tertulis kat atas tu. Both of them tak boleh nak catch up dengan lagu yang diberikan. Wo!! was too fast untuk Faizal, and These Boots Are Made For Walking was too English untuk Zila (lidah Melayu nih..hehhe...) So, dalam kelas Cikgu Syafi pun dey all berdua ni yang banyak ditunjukkan. Last sekali tunjuk Zila nyanyi lagu tu dengan Cikgu Fauziah Nawi. Bila tengok tu, teringat pulak kat Atie masa AF1 bila dia dapat lagu Save The Best For Last...
Terlajak Kata Badan Binasa
Kan aku dah kata benda ni takkan senyap, so Saleem terpaksa buat sesuatu untuk jaga maruah dia dan sekaligus membuatkan si Adlin terkapai² meminta bantuan. So, korang bacalah petikan akhbar kat bawah adalah hak milik Harian Metro.
KUALA LUMPUR: Penyanyi AM Salim Abdul Majid atau Saleem, 44, tetap mahu Adlin Aman Ramlie, 34, mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepadanya pada konsert minggu keempat Akademi Fantasia Musim 4 (AF4), Sabtu ini.
Jika tidak, bekas vokalis kumpulan Iklim ini mungkin tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang menerusi saman malu terhadap juri tetap AF4 itu.
Saleem menyatakan demikian sebagai menyatakan maklum balas terhadap tindakan Adlin mengeluarkan kenyataan berhubung isu ganja dan dadah terhadap seorang peserta AF4, Mohammad Faizal Ramly atau Faizal, 22, pada konsert AF4 minggu lalu.
Sekalipun apa yang dilontarkan Adlin itu mungkin bersifat umum, ia tetap dianggap keterlaluan dan seolah-olah mempunyai sentimen untuk ‘menyindir’ bekas vokalis kumpulan Iklim itu.
Lebih-lebih lagi apabila Saleem sendiri sebelum ini pernah beberapa kali dikaitkan dengan masalah ganja dan dadah sehingga diheret ke muka pengadilan.
“Walaupun Adlin berserta pihak Astro sudah menyatakan maaf, pihak saya tetap menuntut ia dilakukan secara terbuka dalam televisyen.
“Sebab apa yang dinyatakan Adlin dalam konsert minggu lalu turut disaksikan seluruh masyarakat Malaysia.
“Rata-rata yang menyaksikannya kurang puas hati dengan kenyataan Adlin itu dan mereka memaklumkan sendiri hal itu menerusi panggilan serta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada isteri saya, Julia.
“Secara kebetulan pula, waktu Adlin memberi komen terhadap persembahan Faizal itu, saya dan Julia dalam perjalanan pulang (selepas menghadiri konsert AF4).
“Jadi apabila menerima pelbagai panggilan serta SMS berhubung hal itu, kami jadi terkejut, marah dan tidak senang juga,” kata Saleem sewaktu ditemui pada pertemuan damai antara dia, Adlin dan pihak Astro.
Akur dengan nasihat ramai supaya tidak mendiamkan diri terhadap insiden yang dianggap boleh memalukan serta menjatuhkan maruahnya, Saleem berkata, dia dan isteri serta pihak pengurusan syarikat rakaman mereka, Warner Music mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Adlin serta pihak Astro.
“Yalah, kita terkilan juga bila perkara seperti ini terjadi. Tertanya juga kenapa mereka buat macam ini sedangkan mereka sudah undang saya sebagai tetamu jemputan untuk memberikan kejutan terhadap Faizal yang membawakan lagu Blues Terengganu Kita pada hari itu.
“Lagipun ini soal maruah. Soal maruah bukannya boleh dibuat main-man. Soal maruah juga lebih penting daripada wang ringgit.
“Namun, selepas pertemuan ini diadakan dan sesudah Adlin serta pihak Astro memberikan penjelasan serta memohon maaf, saya rasa tiada sebab untuk kami tidak menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya serta berdamai. Sebab kami juga tidak mahu isu ini jadi berpanjangan.
“Cuma kami tetap akan tunggu (Adlin) mengemukakan permohonan maaf secara terbuka itu sebagaimana dipersetujui mereka.
“Malah menerusi perbincangan yang dilakukan dalam pertemuan ini, mereka sendiri bersetuju mengemukakan permohonan maaf itu menggunakan dua cara.
“Pertama, menerusi program diari AF4 yang disiarkan jam 9 malam semalam (kelmarin). Permohonan maaf secara terbuka itu akan dibacakan Aznil Nawawi.
“Kedua, menerusi Adlin sendiri yang akan mengemukakannya secara terbuka dalam konsert minggu keempat AF4,” katanya.
Sementara itu, Adlin menjelaskan, dia sama sekali tidak berniat mempersendakan Saleem apabila melontarkan isu berhubung ganja dan dadah kepada Faizal dalam konsert AF4 minggu lalu.
“Apa yang ada dalam kepala saya ketika itu lebih tertumpu kepada soal kempen antidadah.
“Kebetulan, filem terbaru lakonan saya Haru Biru yang akan muncul tidak lama lagi turut memaparkan isu dadah.
“Dan saya lihat juga, kebelakangan ini, kebanyakan kumpulan rock legenda banyak membabitkan diri dengan kempen antidadah.
“Ini bagi saya satu perkembangan yang cukup baik dan positif. Jadi, apabila saya membangkitkan isu itu yang sebenarnya ditujukan kepada umum dan bukannya Faizal, saya mengharapkan abang Saleem akan menyokong dan bersetuju dengan kenyatan yang saya buat.
“Namun, dalam pada sibuk memperkatakan perkara itu, saya tidak sedar pula kenyataan itu menyentuh sensitiviti dan mendatangkan rasa tidak puas hati segelintir masyarakat.
“Maka dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf pada abang Saleem serta beberapa pihak lain berhubung insiden itu. Percayalah, ia berlaku tanpa mengandungi apa-apa niat,” katanya.
Menganggap Saleem sebagai hero dan seorang ikon dalam industri muzik tanah air, Adlin juga akan memastikan perkara seumpama itu tidak akan berulang.
“Sepanjang menduduki kerusi juri tetap ini, saya sudah mula belajar secara intensif untuk mengetahui batas serta sempadan saya dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan.
“Insya-Allah, selepas ini saya akan lebih peka dan sensitif lagi terhadap suasana dan perjalanan konsert AF4 yang seterusnya,” katanya.
Rasanya malam ni takda update lah..Tunggu untuk esok yer..Anyway jangan lupa vote for Zila, Faizal & Diddy! Karen, miss you!
Posted at 01:49 pm by little_pixie
Permalink
Monday, June 19, 2006
This is short review untuk hari ni, so kepada yang nak lebih detail, leh gi blog Joe tapi not now, maybe paling cepat lepas diari kedua nanti. Anyhow, macam biasa, first day of the 4th week, nangis selepas balik dari auditorium. Yang paling ketara semua dah tau si Ah Bet sebab dia yang paling rapat dengan Rich. Yang lelain pun sedih terutama guys yang rapat dengan Rich (Lotter). So, masa di meja makan, Dr. Fazley tanya setiap seorang apa yang Rich pesan before concert. Faizal belajar bahasa Inggeris dengan Rich. Sebelum Dr. Fazley ke akademi, Rich ada pesanan untuk Velvet, he said that he really care bout her. He repeat it 3 times. Ah Bet nangis lagi .
Lepas tu dengar wasiat. Cam biasa, pesanan untuk one by one. Selepas itu, mereka mula bergumbira dengan tugasan yang diberikan oleh Dr. Fazley. Baru minggu ni aku dapat tengok dey all main with colors and brushes. Colors boleh menenangkan fikiran! So, Dr. Fazley divided 9 of the students kepada 3 groups. Amirul, Ah Bet & Lotter were in the first group which is for mata² sepet. Zila, Farhan & Faizal were in the second group which is for sawo matang and Salima, Haziq & Diddy were in the third groups which is juga samo matang and wearing scarf. First group is Japan, second is Brazil & third is Italy.
Mereka diberikan pastel colors and brushes untuk mengecat muka masing² menjadi bendera negara yang telah diberikan. Yang lain semua ok kecuali si Ah Bet. Si Amirul ngan Lotter lukis muka Ah Bet jadi macam dracula then si Amirul kata muka Ah Bet macam orang Africa (jahatnya mulut, ada ke cakap orang Africa macam tu). Nasib baik Liya tak masuk. Si Amirul ni kalau cakap asyik main lepas jer , cili mulut baru tau.
After that mereka pun main tutsal. What it is? Tutsal tu main bola guna lutut. So, that's why Dr. Fazley gelarkan games ni tutsal. Disebabkan group Brazil ada 2 perempuan, so, Hazama dijemput untuk main bersama dan dimasukkan dalam pasukan Brazil. So, permainan pun bermula. Memang kelakar tengok dey all main tutsal ni coz ye lah, rebut bola guna lutut..Hehehe..Lepas tu si Salima pulak krem kaki. Asyik krem je kaki kau ni Salima, tu lah manja sangat. Lepas tu Salima ditarik keluar dari gelanggang. So, last sekali yang menang ialah group Japan!
Alorr...ni dah panjang giler ni. Kata je nak buat short review. Well, tunggu malam ni untuk mengetahui lagu baru yang bakal dinyanyikan minggu ni..
Lagu² Tugasan Minggu Ini
Zila - These Boots Are Made For Walking (Nancy Sinatra/Jessica Simpson)
Amirul - Khatulistiwa (Blues Gang)
Faizal - Wo! (Zahid)
Farhan - Tak Ingin Lagi (Misha Omar)
Diddy - Nusantara (Kembara)
Salima - Senandung Hidup Berbudi (Ramli Sarip)
Velvet - Dikir Puteri (Noraniza Idris)
Lotter - Bertemasya Desa Gemalai (Ramli Sarip)
Haziq - Buat Sang Puteri (Spider)
Lagu² minggu nih leh tahan mantap. Harap Zila leh buat yang terbaik untuk lagu tu, seksi nak mampos kalau Jessica Simpson punya version! Aku takda masa nak bagi promo clip, so, kalau ada masa nanti aku upload eh..Sekarang tengah tension nih, makin tension makin banyak aku makan. Nanti makin kembang..Entahlah...
By the way, aku dah install mp3 player yang latest kat blog aku tu. Cun tak? Buat masa ni aku layan lagu mat salleh ek, sebab mood tengah tak baik ler. Anyway player tu namanya Singing Box and sesiapa yang berminat leh ler register. Kita hanya perlu mengupload sebanyak mana music files yang kita nak ke hosting kita sendiri, then terus tepek link tu di bahagian configuration kat account kita. Senang giler, more easier than radio blog yang aku dok belajar macam mana nak install sampai sekarang tak tau. Ok then, kalau nak dengar lagu just klick kat nama lagu tu and kalau ada masa aku upload lagi..
Posted at 01:34 pm by little_pixie
Permalink
Sunday, June 18, 2006
First of all, memang aku tak jangka yang Rich will leave Akademi, but then, when it's not Haziq. Sure, I never thought that Rich yang akan terkeluar. He's doing good tapi ialah nak buat cam mana kala orang dah tak suka. Dia memang terhimpit di antara mereka² yang berada di akademi dan para tone deaf semua. Kenalah terima hakikat.
Minggu ni kutukan aku khas untuk Adlin Aman Ramlie. Dia nih memang anak beruk betul yang sememangnya tak pernah pergi sekolah. He such a yang tak kira hati ngan perasaan orang. Tadi Salim buat kezutan untuk Faizal sebab dia nyanyi lagu Blues Terengganu Kita. So, lepas ajer Faizal nyanyi dan Salim duduk kat bawah, si Adlin pun bagilah komen yang taraf budak tadika, "Awak kalau nak jadi penyanyi jangan ambik ganja, dadah...ya saya serius!" Bapak kau ngajor kau macam tu, yes semua orang tau yang dia kutuk Salim! Memang obvious se-obvious-nya! Salim seperti yang kita tau dia baru keluar dari pusat serenti (or penjara, correct me if I'm wrong) dan dia boleh cakap macam tu? Kalau kau in his shoes macam mana? Nasib baik Aznil ada, cover line. Aznil cakap, "Adlin suka cakap tentang ruang, ruang, ruang, dan kita harus memberikan ruang untuk Salim kembali ke bidang seni" That was good enough untuk Aznil yang memang suka backup bebudak nih kalau kena kutuk.
Salima. Pakaian dia ala² cowboy tapi ketat sikit. Alah, takpa Salima, orang kan 'tak kisah' janji pakai tudung. Permulaan agak kurang, dan lagu ni memang tak sesuai sangat dinyanyikan oleh Salima. Furthermore, dia punya attire, masyaalah, memang harus suruh si Joe tembak mati jer penjaga wordrobe bertaraf 'nenek' mulut jahat tu! 6/10
Amirul. Lagu nih best giler, memang popularlah lagu nih kalau bab² feeling. Tapi aku rasa ada kelebihan pada Amirul untuk nyanyi lagu Yesterday by Beatles nih. Sebab dia bawa gaya R&B sikit so, lain skit style dari penyanyi asal. Nampak kaku (memang pun..) then suara tak sharp sangat. 6/10
Rich. He's such a strong man, aku style dia memang mature dan bukan macam budak tu. Asyik merengek tak tentu hala. Rambut dia cantik minggu, tapi, sayang kena potong. Rambut panjang membuatkan dia tak nampak pendek. Anyway, vocally, lagu Mustika ni jadik cam alternatif rock + nusantara. Bayangkan Premelodic nyanyi lagu Suratan Atau Kebetulan, then samalah Rich nyanyi Mustika. Rich juga sebenarnya dapat peluang menonton World Cup malam nanti ngan Ah Bet, tapi apakan daya. 6/10
Zila. She was doing rubbish kat atas pentas. Dia macam hilang arah, sebab tarian yang di susun untuk Zila hanya menepati ruang music bridge. So, satu kerugian yang besar buat Zila. Tapi nasib baik dia tak terkeluar. Aku risau Aznil tarik tangan dia tadi . But anyway, secara total, aku rasa Zila nyanyi better than Elyana walaupun Elyana vocal dia husky giler, sebab kalau Elyana buat performences mesti semput kalau nyanyi lagu ni. Dah banyak kali aku tengok. But, aku tak suka pakaian dia minggu ni. Macam minah Indon shopping kat pasar malam. Si Zai Astro tu memang nak kena nih! 6/10
Farhan. She's amazing! Memang tak percaya dia still rendah dalam peratusan. What's going on Malaysian? Sebenarnya aku undi hanya untuk Zila, Diddy & Faizal tapi hari ni aku rasa Farhan mesti diberi undi, dan persembahan dia memang best giler. Konsert nampak lebih hidup. Farhan buat apa yang pengetua suruh buat. Tapi si Adlin kata tak payah buat cara bergantung macam monyet. Bodohnya... 9/10
Haziq. Aku tak follow persembahan dia hari ni. Ntah, rasa macam tak boleh masuk dengan lagu dan orang yang nyanyi. Maybe sebab baju yang dia pakai sesuai nyanyi lagu jiwang kot. Apsal tak pakai baju ala² pendekar lama? Si penjaga wordrobe nih memang harus dipecat! 6/10
Lotter. Biasa ajer dia minggu nih. Sebab lagu ni memang tak kena ngan suara dia. I don't know why. 6/10
Velvet. Ah Bet nampak semput nyanyi fast number. Kalau nyanyi lagi 3 lagu boleh pengsan si Ah Bet nih. Well, low tone dia teruk lah, the worst performence ever. Cuma Ah Bet pandai cover weakness dia dengan body language and jeritan panggilan pulau dia tu. 6/10
Diddy. Suara dia bestlah nyanyi lagu ni. Aku suka kalau Diddy buat album lelagu dia semua macam ni, tapi takut ada orang marah pulak sebab sekarang mana ada orang main jiwang karatz lagik . Very good performence (ingatkan Siti datang bagik surprise, hampeh!) 8/10
Faizal. Siapa kata Faizal poyo? Kalau ada orang say yes, memang dia buat tone! Hua..hua..hua..Tapikan, aku suka suara Faizal nyanyi lagu rock even Faizal punya style macam pop kata si Bob Kerbau Balau. So, cara dia nyanyi memang best, dan surprise from Salim lagi. Penat datang tapi kena kutuk, bibak punya Adlin. Nanti ada something happens kat kau, orang tepuk tangan baru tau .
Menuju Puncak makin ok, sebab orang dah tinggal sikit kot, and mutu tarian pun semakin meningkat. Syabas Cikgu Corrie and Cikgu Linda. Cuma apsal topi Zila tercabut? Dah lah waktu persembahan penari latar terketuk kepala Zila sampai topi dia bergerak dari posisi. Lawaknya...
Rich terkeluar. So, aku tak nak komen banyak sangat sebab seperti yang aku cakap aku tak jangka pun dia akan keluar. Dan orang yang paling sedih dah tentu Ah Bet. Tak dapat nak tengok WC sesama. Well, past is past...Teruskan usaha Rich!
Posted at 04:01 pm by little_pixie
Permalink
Saturday, June 17, 2006
Kepada Penggemar Haziq & Salima
Aku bukan apa, ye lah, semalam kan adalah sorang tu yang menggelarkan dirinya anti-pixie and surely lah anti aku. Then dia kata aku nih budak lagi then dia kata aku tiru Joe. But then, aku pun tak ambik hati, and kalau betul lah dia terasa hati or dia penggemar Haziq and Salima, so aku mintak maaf and aku pun dah ubah ejaan nama mereka berdua supaya orang tak kata aku ni suka tiru orang . Aku pun akan sambung belajar, tak tau nak pergi ke tidak. Perlu ke aku cerita aku dapat tawaran apa? Nak tau gak? Tapi aku rasa aku still nak tunggu maktab lagi yeah, because I love TESL and want to improve my language as well as my conversation. Sometimes, I think that I won't to be a teacher, because no 'life'. Terkurung dalam bilik guru, then must be a real role model to students. But then, when I think about it again, and again, sure kerja sebagai guru memang menjamin masa depan. Tapi pagi tadi, aku baru terima tawaran dari UiTM, kursus Perhotelan. Kat Pulau Pinang pulak tu. Jauh lah.. . So, aku tengah dok pikir nih samada nak pergi ke tidak sebab hari pendaftaran dah nak dekat, 2 Julai. Errmm...
Secondly, I want to do some analisis, untuk konsert esok. Who will be in the bottom 5 list. Hambik, sekali 5 orang andaian aku akan keluar...
1. Haziq
2. Amirul
3. Zila
4. Diddy
5. Velvet
Why Haziq? Sebab keadaan dia yang memang blur from week to week. Then peratusan undi dia pun semakin merosot. Ditambah pulak dengan kekusutan yang melanda. Peratus keluar 60%. Why Amirul. Because he can't sing well. But then from day to day, dia ada improve. Bak kata Cikgu Sherashi, amatur. Sesekali aku fikir gak, apsal tak mabik semua amatur masuk AF? Sebab kalau amatur nih senang sikit nak ajar. Asalkan jangan keras kepala sudah. Peratus keluar 50%. Why Zila? Ermm..susah nak kata dia boleh safe sampai top 5 (I wish so ). Sebab dia takda faktor x yang menyebabkan kalau orang tengok dia sekali orang dah suka. Walaupun sekarang ni dia dah macam muncul kat diari, tapi susah orang nak ingat dia. Peratus keluar 50%. Diddy ialah insan yang paling aku kesian sekali. Tak banyak muka dia muncul kat TV. Ntahlah. Apsal ek Astro? Lagipun kedudukan dia yang agak rapuh buat masa ni. Lagu yang dibawak untuk minggu ni pun orang jarang dengar. Dan Diddy bagaikan ditelan oleh bakat² yang lebih teserlah . Peratus keluar 70%. Why Velvet? Aku memang harap dia tak keluar tapi tengok kedudukan dia minggu ni, macam rapuh jer. Dialah penyeri AF . So peratus keluar 30%.
I wish I could watch the concert tommorow dengan aman. Tak sukalah orang datang rumah tumpang tengok. Kalau diam² ok, sebab memang jiran aku suka sangat datang tengok. Tapi kalau seseorang itu datang, bawak anak dia, memang parah! Aku ingat lagi waktu konsert akhir AF3. Aku memang tak boleh focus. Bising... sangat...
Kepada Penggemar Mawi
Nih ada satu keratan paper or more to gossip ala² Zubir ni yang aku nak kongsi ngan korang semua. Memanglah kat sini tak tulis nama Mawi tapi, korang bacalah lah dulu...
KHAMIS lalu Kak Tim menerima satu panggilan daripada seseorang yang bercerita tentang seorang penyanyi yang begitu berkira mahu membayar bil rawatan hospital seorang ahli keluarganya.
Menurut si pemanggil, penyanyi popular ini marah-marah apabila mendapat tahu bil rawatan itu sudah mencecah ratusan ribu ringgit.
Kata si pemanggil, “Kalau dalam TV atau majalah nampak penyanyi ni baik budi bahasanya dan mesra alam. Tapi bila berdepan dengan para petugas di pusat perubatan itu, tak pernah nak senyum.
“Baru-baru ini dia berang bila dapat tahu bil rawatan tu mencecah hampir RM160,000. Dia minta kami keluarkan bil sebab dia kata nak buat rujukan di unit tafsiran.
“Penyanyi tu kata, dia tidak ada duit nak bayar bil sebanyak itu dan hanya mampu membayar RM20,000!
“Hai takkanlah awak terkenal sebagai penyanyi yang paling kaya ketika ini tidak mampu untuk membayar bil sebanyak itu. Mungkin si penyanyi tu lupa bahawa ahli keluarganya itu sudah duduk di ICU selama hampir dua bulan dengan dua kali pembedahan. Bayaran rawatan sehari untuk ICU ialah RM600.
“Memandangkan kesihatan ahli keluarganya itu masih belum stabil, doktor meramalkan bil rawatannya mungkin boleh mencecah sehingga RM400,000!” kata si pemanggil.
Kak Tim: Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Selamat Hari Bapa!
So, korang nilaikan sendiri. Aku tak tau nak kata apa. Sebab aku bukannya minat Mawi or aku bukan pembenci Mawi, sebab aku neutral on him. So, I've no commnet about it. Maybe he has some reasons that drive him into that way. Whatever...
So, jangan lupa sebab peratus dia dah naik sekarang nih. Jangan lupa! And don't forget to wait for my review untuk konsert esok.
Posted at 12:40 pm by little_pixie
Permalink
Friday, June 16, 2006
Mari Menangis Bersama Spoilt Brat!
Sebelum apa² nak tanya korang semua, perlukan kita simpan si spoilt brat tu lama² dalam akademi? Memanglah, kononya pandai nyanyi lagu asli, tapi kalau mengada² tu dah sampai tahap yang overdose, cam mana pulak kan? Memanglah awak tu budak kecik lagi (badan bagak..) tapi janganlah emo sangat dalam tu. When you gets emo, aku pun lebih emo kat luar ni. Orang tengok diari untuk suka² bukannya nak tengok orang termenung
.
And one more, kenapalah aku menyampah bila on channel 15 tu? Yelah, kalau nak kutuk AF4 aku pahamlah, macam apa yang aku buat sekarang ni (tapi aku bukan kutuk, tapi lebih kepada tak berpuas hati) Agaknya orang² yang chat kat channel 15 tu semuanya bebudak sekolah. Yelah, hal² tahun lepas tu kena ungkit, cerita pasal Mawi toksah cakaplah, bertimbun. Dedulu ok jer channel 15 tu, sebab aku ada join gak, tapi dah lama, masa AF1. Tapi bila dah sampai AF4, dah tak semenggah umat² kat atas karpet tu .
Back to our story today. Last night, ada tunjuk Hanj-ziq yang memang bertambah blur day by day, dan today, tunjuk lagi ke-blur-an dia tu. Memanglah kat dalam tu tension, tapi ingat sikit, orang lain pun nyanyi gak, masuk AF gak, tapi takda lah murung semacam. Lepastu buat pengakuan kat camera. Katanya dia penatlah, main kejar² ngan Lotter (siapa suruh main) pastu siap lagi mintak khidmat mengurut badan! Adeeii..ni bukan Mawi ler!
Masuk ke kelas Cikgu Sherashi. Cikgu Sherashi ajar the students macam mana nak buat dynamic pada certain² part of the song. Mula² tunjuk Diddy. Diddy nya lagu kan macam ada tarik pada bahagian korus, so, Cikgu Sherasi kata, kalau nak tarik sekalipun janganlah straight sangat, so kena ada lenggok sikit. Ermm..semenjak Cikgu Adnan takda, memang takda orang nak ajar lenggok lagu. Sampai turn Zila. Nyanyian Zila pun kena dynamic gak masa first verse. Oklah. Rich, Ah Bet, Lotter, Farhan pun kena gak. Tapi aku tak nampak Suck-lima pun? After semua dah selesai, tinggal Hanj-ziq sorang yang masih dalam kebigungngan, dan Cikgu Sherashi pun tanya kenapa jadik macam ni? Lepas tu barulah dengan terhegeh² menjawab yang dia ada masalah ngan Lotter (dah agak dah!). Dia cakap, satu hari tu dey all main kejar². Lepas tu dia tak tau yang ajak main tu Lotter dan dia cakaplah, siapalah punya idea ni, lebih kurang cam tu lah. Lepas tu Lotter ambik hati ngan dia. So, sebab tulah dia monyok macam cencurut! Well, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata? Tanggung sendiri. Lepas tu dia cakap lagi since peristiwa tu, dia rasa macam orang tak nak kawan ngan dia, dan dia cakap lagi yang dia ni memang suka berkawan. So, suka berkawan, bila buat hal ngan kawan takut persahabatan hilang? Macam tu? Baguslah kau buat cara macam tu . Aku agaklah, bebudak lelaki kat akademi tu, memang dah tak suka ngan dia agaknya. Tapi disebabkan masuk TV, kenalah plastic kan jugak. Lepastu, Cikgu Sherashi panggil Rich & Lotter shake hand balik and hug each other. Dah dua kali dah kau buat hal Hanj-ziq. Nasib kau lah! Peratus dah low. But then, aku pun terpikir jugak yang dia buat salah, kenapa asyik dia jer betul. Mungkin dia gunakan faktor umur untuk mintak belas kasihan ngan cikgu² semua. Plastiknya...
Hari ni Felix dan Marsha datang buat kejutan, yang macam bukan kejutan jer. Tak bawak apa pun, cuma cakap macam mana nak buat lepas keluar akademi nanti. Lepas balik. Montage tak sampai pun 10 minit. Lepas tu datang pulak Samsudin lamin, ala penyanyi lagu asli yang nyanyi kat Separuh Akhir Juara Lagu, tapi aku tak ingat tahun bila. Sorang² student kena nyanyi lagu Seri Mersing lenggok asli. Bila sampai giliran Hanj-ziq, bolehlah pulak nyanyi sambil senyum². Dah hilang masalah? Ataupun masalah dibuat². Secara amnya, tema keseluruhan diari hari ini adalah kisah Mari Menangis Bersama Spoilt Brat.
Last sekali tunjuk Sham marah² ngan bebudak ni. Aku pun tak tau apsal tetiba jer bebudak kena marah. Period ke apa? Agaknya malam kang sambung kot. So, wait my for review!
Mari Menangis Sampai Banjir!
Well, permulaan diari dimulakan dengan students nak pergi sarapan, siap pakai baju melayu ngan baju kurung ala punjabi. Cantik bebudak tu hari ni. Sambil makan, Lotter nyanyi then si Amirul nyanyi lagu Lotter! Whateverlah, janji kau tak over..
Lepas tu tunjuk clip dey all berlatih tae kwan do, maybe clip semalam kot. Nampaklah si Velvet karate papan tu. Wah, macam lepas geram. Cara dia tumbuk punching bag pun nampak cam lepas geram. Kan bagus kalau punching bag tu badan si Hanj-ziq! Muhehehe...Zila pulak tumbuk tapi tak keluar suara. Ye lah, baru first time dey all belajar, then basic pulak tu. Sama gak apa yang aku belajar kat kem dulu.
Pengetua baca report card (wahh..dah maju sekarang AF ni, siap ada report card!) Adalah dey all dapat gred A ke, B ke. Yang aku tau si Lotter dapat gred D waktu awal masuk akademi tapi sekarang makin meningkat . Bagus tu. Amirul pun sama gak. Zila pulak pengetua kata kena ada pendirian. Velvet pulak kena jaga stamina sebab Velvet kan memang power kalau on stage . After that papa rock kita tu nyanyi lagu puisi untuk anak² nya..Bestlah pengetua kali ni, very the fatherly.
Last scene tunjuk dey all bagi ucapan untuk kawan². Memang sedih . Rich dapat Zila. Rich kata adik abang nih rajin. Pastu kalau keluar jangan sedih. Velvet dapat Farhan, Farhan dapat Hanj-ziq and Amirul dapat Velvet and he's crying just like a crazy man!
Ok, very the last scene tunjuk Velvet, Zila ngan Faizal buat persembahan. Si Ah Bet tu pakai apa ntah, nyanyi lagu P. Ramlee, yang tolong kami bantu kami. Lepastu, si Zila mula gelek, then si Ah Bet yang ala² sedih pun gelek jugak . Lawak giler waktu!
Last but not least, condolence for me to Erra Fazira
sebab dia dan Yusry dah announced yang dey all dah divorce, since bulan April lagi. Sian Erra..
Posted at 04:30 pm by little_pixie
Permalink
Thursday, June 15, 2006
Hari ni punya diari dimulakan dengan Faizal yang asyik bangat main ngan camera. Mula² menyorok dibalik almari lepas tu sergah camera. Dia buat banyak kali. Lawaklah tengok muka Faizal yang macam tu. Lepas tu tunjuk mascot Adabi datang. Dulu rambut kaler pink (sebab cekodok perisa strawberi, then today rambut kaler coklat sebab cekodok yang dibawa adalah perisa coklat. Kelas Cikgu Fauziah Nawi pun tak berapa best. Depa main harimau ngan anak ayam macam AF2. Tapi Lotter pandai jadik bapak ayam! Kemudian, Cikgu Fauziah Nawi tunjuk cara berjalan yang betul kepada Faizal, sebab Faizal pun suka sangat bongkok sambil jalan.
After that tunjuk since bebudak tu buat persembahan kat depan tenaga pengajar. Amirul first, and what can I say? Boleh lar, lagu yang sebest itu dibawa oleh Amirul. Nampak kurang penghayatan tapi Cikgu Sherasi kata dah ada peningkatan since konsert prelude. Tapi bagi aku sama jak. Mungkin sebab dia dah 'sherasi' dengan keadaan persekitaran dan sebaiknya dia berlatih dengan bersungguh² sebab maybe he can work it out? Then Diddy. He looks starving masa nyanyi! Serius! Tapi aku harap dia dapat bawak lagu tu dengan baik sebab lagu tu best sangat! Zila ok, Velvet pun ok. Mungkin lagu² yang dey all nyanyi ni semua lagu yang agak baru (lain ler minah sorang tu yang tak tau kewujudan sesuatu lagu tu, pastu tak ngaku dah gemuk!) I will expect something special masa konsert ke-3 nanti.
Last scene tunjuk pihak akademi bagi para pelajar bercakap dengan family mereka selama 5 minit. Dulu masa AF2 & AF3 Cikgu Fatimah yang jaga 'public phone' dalam akademi tu, tapi kali ni Dr. Fazley plak ambik alih kerja tu. Semua tunjuk mereka buat panggilan, dan akhir sekali baru tunjuk Diddy, and guess what, who's on the line and that time? Suara seorang wanita yang amat aku kenali sangat sedang menelefon Diddy. Dialog dia lebih kurang macam ni lah, "Hello, saya mak Diddy, boleh bercakap ngan Diddy? Diddy kenal tak sapa yang cakap ni?" Pastu Diddy jawab,"Tak kenal lah, sapa ni Kak Liza ke?" Suara perempuan tu pun jawab, "Aha..Kak C..Kak Liza nih..Mentang² dah masuk AF, dah lupa dah ek kat kita." Macam tu lah lebih kurang dialog Diddy ngan pemanggil misteri tu. Aku dah tau siapa dia, so kalau korang nak tau, kena tunggu sambungan diari malam nanti!
Girls' Home Made Spagetti!
Diddy dapat call dari siapa? Dari Siti Nurhaliza. Siti bagi kata² semangat kat Diddy since he tried to join Akademi Fantasia since AF2, so Siti said that gunakan peluang ni sebaik yang mungkin. Jangan merendah diri dan satu teguran yang memang stereotype, jangan bongkok apabila menyanyi di atas pentas. Well, memang beruntung Diddy.
Lepas aja dapat call tu, punyalah melonjak kegumbiraan si Diddy ni sampai terlompat² menjerit dari meja telefon ke living room. Hanj-ziq kata unfair (kenapa, jeles ker..??) Velvet tanya apa yang Siti kata. Lepas tu, Diddy kata, parents dia cam mana? Tak dapat call ke? Kalau nak tau masa Diddy cakap ngan Siti, muka Fazley, alahai, mencuka macam cencorot! Kenapa, merawat luka yang terpendam ke? Kui..kui..kui..
Diddy pun diberi peluang sekali lagu untuk telefon ibu dia. Ibu dia kat Johor cakap yang anak buah kesayangannya, Putri Julita masuk hospital coz demam rindu. Pastu Diddy terus down giler. Sabarlah, nanti konsert nanti dapatlah kezutan tu..Farhan pun menjalankan peranannya sebagai kakak yang very the bertanggungjawab.
Masuk kelas Fauziah Nawi. Semua kawan² dapat pesanan dari Karen dan Nora, dalam bentuk kad yang ada gambar Vince, Zahid & Mawi, bentuk hati. So, depa baca sorang² coz setiap kad different ucapan. Dalam kelas Cikgu Fauziah Nawi gak, Velvet diberi peluang untuk mengucapkan Happy Birthday kepada father dia, yang kalau tak salah jauh pada hari ni. Velvet dah nak nangis tapi Cikgu Fauziah kata, "Don't cry!" Dan after that, kawan² nyanyikan lagu Happy Birthday untuk ayah Velvet.
Masuk kelas Cikgu Syafi. Tengah berlatih, tetiba Abang Jamal enterframe cakap yang makan tengahari takde. So, all the gilrs excited nak masak, and the menu of the day is spagetti dan kentang rebus (ya ker..??) Head of cooker ialah Velvet, dibantu oleh Farhan. Tunjuk Salima kupas kentang, alahai, tebalnya kau kupas kentang Salima, dengan isi² kentang kau kupas sekali! Yang bebudak lelaki pulak, gegarkan meja sebab tak sabar nak makan. Alahai, sabarlah, bukan senang nak merasa masakan the girls tu.
Masuk balik kelas Cikgu Syafi, tunjuk masalah Hanj-ziq tak dapat menyanyi ngan sempurna and bila cikgu tanya, kenapa, katanya sakit belakang. Pastu murung. Konon² lah tu, nak raih votes. Boleh blah! Orang lain pun tertekan gak, takda murung semacam. Whateverlah...Sebab peratus dia memang dah low giler minggu ni..
Tagged by Kak Yonna. Adeii, kena gak tag ni, ingatkan tak kena. So, this is my answer :
Here are the rules:
1. The tagged victim has to come up with 8 different points about his/her perfect lover.
2. Have to mention the gender of his/her perfect lover.
3. Tag eight other victims to join this game and leave a comment on their blog.
4. If you are tagged the second time. There is NO need to do this again.
5. Lastly, most importantly, HAVE FUN DOING IT
My perfect lover must :
1. Female, a muslim and she must wearing scarf (tudung) and not wearing any kind of tight attire
2. I don't mind even she's not from urban area, because I like kampung girl!
3. Not too beautiful, just temperate
4. She must like to shopping together with me, because I'm a shopaholic!
5. Naming our second children, but actually with my suggestion!
6. Respect my family and I will do so her family too
Next victim : Lisa. Lagi 7, sesiapa yang baca ni!
Posted at 02:15 pm by little_pixie
Permalink
|
|
|