>> HOME <<
>> HAELIOS' BABY <<
>> HAELIOS' FOTOPAGES <<
>> SIGN MY GUESTBOOK <<
>> CONTACT ME <<
>> EXITS <<
My Name :: Izwan
My Date Of Birth :: 17 July 1988
My Horoscopes :: Western - Cancer and Chinese - Dragon
My Favourites :: Singing, writting, talking and...Dreaming!!
My Foods :: Fast food, chicken and pizza
My Drinks :: Fruits juice dan sky juice
My Things :: Nokia 7610, personal computer, electronic dictionary, and motorcylce
My Lovely Artiste :: Siti Nurhaliza, Adibah Noor, Billy Zulkarnain, Britney, Tom Welling, Agnes Monica, Irwansyah, Rossa, Nana ker??, Ekin and Eliza Dushku
I Hate :: Hypocrite, annoying children and I-have-no-insurance's mouth
Currently Listen To :: OST Heart (Various), Transkripsi (Siti Nurhaliza), Whaddup, A'..?! (Agnes Monica), PCD (The Pussycat Dolls) & No. 1 (Ratu)
Currently Watching :: Akademi Fantasia 4, Project Runaway 2, Gol & Gincu : The Siries & Ku T'lah Jatuh Cinta
My Wishlist ::
Learn Photoshop, My own laptop, My own N80, Tiger Eye, TESL or Masscomm, Meet Siti Nurhaliza, Excellent job, My one and only soulmate, Asets, & Happily married.
Hello there, nice to see you here and you're very welcome to my blog. Feel free to read entire of the blog, write comments on my blog and don't forget to tag on my shoutbox and sign my guestbook. This is a place that I say what I want to say, I critic what should be critic and I respon what are actually happen currently. So, please respect every single thought that written on my blog. If you feel that my words are too harmfull and rough, please GET OUT from here forever and you're not welcome anymore!
Owner : Izwan
Online Since : May 2005
Greenish Since : Dec 2005
Header : Akademi Fantasia 4 V6
Image From : Akademi Fantasia Official Website
Language : Bahasa & English
Scope : Entertainment, Leisure, Art & Life
Best View : Mozilla Firefox / IE 6+
Best Seen : 1024 x 768 / 800 x 600
Credits goes to MSJBox for the awesome shoutbox, Photobucket and Imageshack for the place I upload my pictures and keep them safely, Geocities for the place I upload my song and last but not least, Blogdrive for the free account and service.
None at the moment.
|
|
Wednesday, June 14, 2006
Hitam Puith Kehidupan Di Akademi Fantasia
Sila baca petikan dari laman rasmi Akademi Fantasia :
Hari ini pelajar diberikan pendedahan tentang solekan oleh pakar solekan terkenal, Zulfazli. Setelah melihat Farhan kelihatan cantik, tentunya pelajar lain pun ingin kelihatan yang sama. Pelajar menimbang berat badan hari ini. Berat badan Salima semakin naik. Apa yang perlu dilakukan? Apakah Salima benar-benar ingin mengurangkan berat badan atau sekadar cakap-cakap sahaja? Sementara itu, Cikgu Corrie mengajar Faizal koreografi untuk lagunya. Tekanan di Akademi semakin berat apabila dua pelajar lelaki bergaduh di Akademi. Bergaduh besar nampaknya! Semua ini akan terjawab apabila anda menonton Diari Akademi Fantasia malam ini jam 9 malam di Astro RIA.
Kali ni nak terus cerita pasal diari yang kedua. Sebab diari pertama takda apa yang special kot. Cuma tunjuk evolution Farhan dari kakak budak ke budak remaja. Memang sweet sangat, teknik rebonding yang berkesan!. Lepastu tunjuk latihan, and my favourite latihan tadi is the enjit-enjit semut with harmony voice! Best giler..
Diari yang kedua pulak tunjuk seorang wartawan from NST datang (alah yang rupa Jac tu) bagi taklimat dan tunjuk ajar how to communicate with wartawan kalau dah keluar nanti. Lepas tu dia ajar cara macam mana nak jawab soalan yang biasa² dan soalan cepumas. Macam Velvet, dia tanya tak mau kurus ke, lepas tu dia tanya Diddy yang dah kerja sebagai penyanyi, then adalah unfair untuk the others yang dalam akademi ni. So dey all nih semua diberi tunjuk ajar, skil untuk menjawab soalan dan menepis soalan yang agak kasar dengan baik. Nice work!! Aku harap pihak akademi adakan satu kelas untuk cara bercommunicate dengan betul on how they reply back the good answer instead say tak tahu or no comment!
After that showed para pelajar diberi pendedahan macam mana nak make-up dengan cara yang betul. Model hari ini adalah Zila (jadiklah model for free..heheh) Lotter tolong sapu bedak asas (betul ke, aku main hentam ajerk) kat muka Faizal, Farhan lak sapu kat muka Amirul. Then Diddy tanya yang ada perbezaan ke antara make-up keluar TV ngan make-up biasa. Then Zul tu cakap memang ada, so untuk hari ni dia ajar cara nak make-up secara neutral.
Excited about the pergaduhan? Memang berlaku! Tiba² tunjuk adengan Amirul ngan Lotter bergaduh, sampai all the girls masuk campur, so terpancar kerisauan diraut wajah Farhan. Yang si Suck-lima plak menjerit tak tentu hala cakap apa benda ntah! Lepas tu iklan. Masa iklan tu aku fikir biar benar gaduh cam ni. Kalau gaduh² ni leh pulak keluar TV. Lepas iklan, sambung gaduh balik. Yang aku dengar Farhan said, "Lott, no...no!" And then Diddy masuk campur. Rupa-rupanya semua orang kena prank! Alamak, aku fikir betul² lah gaduh, rupanya kena prank ngan bebudak tu. Diddy kata, prank ni khas untuk Asreo yang selalu bagi kejutan kat diaorang. Farhan kata, jangan cuba benda ni dirumah! Hehehe...Aznil pulak kata, "Oh..main² kan orang eh, kitaorang kat luar, korang kat dalam. Nanti, macam² kejutan yang kitaorang boleh buat. Nanti kalau kena menangis plek!" Lawak betul masa Aznil cakap cam tu!
After the havoc situation, Corrie ajar Faizal untuk tarian this week. Dia akan banyak main dengan props hidup tengahari Ahad ini.
Posted at 07:08 pm by little_pixie
Permalink
Tuesday, June 13, 2006
Dah dapat agak, senarai lagu yesterday memang kezutan. So, ni dia senarai lagu² baru yang akan dey all nyanyikan masa konsert ke-3 nanti :
Rich - Mustika (M.Nasir)
Lotter - Iris (Awie)
Hanj-ziq - Cinta Nusantara (Sheqal)
Amirul - Yesterday (The Beatles)
Suck-lima - Obsesi (Juliana Banos)
Farhan - Still Got The Blues (Gary Moore)
Diddy - Memori Luka (Headwind)
Faizal - Blues Terengganu Kita (Iklim)
Velvet - Teman Tapi Mesra (Ratu)
Zila - Tak Tercapai Akalmu (Elyana)
Wah, minggu ni dey all dapat lagu² yang best jugaklah, banyak lagu² favourite aku. Apa yang aku jangka memang betul sebab Velvet aku teka dapat lagu Ratu, so memang betul lah minggu ni dia dapat lagu tu. Zila plak dapat lagu Elyana. Hope she can do the best, harap ada dance step yang lawa. Diddy punya lagu aku tak pernah dengar. Masa si Suck-lima dapat lagu tu, ada ke dia kata dia tak pernah tau lagu tu ada kat Malaysia! Single tu release dalam bulan 3, sebelum aku masuk PKN dah keluar dah. Mengarut!!
Tadi Kak Engku datang, buat surprise untuk the kids. Mula² dia menyamar as cleaner, sebab keadaan dalam akademi memang kotor giler. So, bila cleaner dah bising² dey all terkejut then terus ke living room. Dengar suara macam familiar, sekali Suck-lima pun menerjah cleaner itu rupanya Kak Engku. Tapi Kak Engku pretend dan arahkan bebudak tu buat kerja. Bila dah habis, Kak Engku ada bagi sikit nasihat untuk bebudak tu pasal bidang seni. Lastly Kak Engku hadiahkan Suck-lima tudung yang dia pakai masa drama Pondok Buruk 1.
Lepas habis sesi ngan Kak Engku, dey all masuk kelas tarian. Dance step dah tukar baru. Memang ada perubahan, nampak dey all lebih bersemangat. Cikgu Corrie pulak latih all the girls untuk nampak lebih seksi. Masuk kelas Fauziah Nawi, guna dialog yang sama tapi untuk situasi yang berbeza. Velvet berpasangan dengan Suck-lima. Ok jer tak berapa menarik sangat.
Last scene, masa Cikgu Syafi nak ajar untuk kelas dia, tiba² Farhah hilang. Zila cari pun tak jumpa, bila tanya Abang Jamal dia pun tak tau. Mana agaknya si Farhan tu menghilang?
Posted at 09:53 pm by little_pixie
Permalink
Monday, June 12, 2006
Aku sebenarnya tak tau nak jawab apa bila orang kata aku kritik emo and all things, pastu kata aku tak layak, tak da rasional. Maybe right, but who cares? Sebab this is my blog, and I have right to write whatever I want, so anybody that pissed off yesterday tolonglah, jangan masuk sini, coz tempat ni tak sesuai ngan korang. Furthermore, your IPs will be recorded whenever you shouts on my shotbox. Anyway, let it be..aku malas nak layan dah. Thanks to Lemonade ngan Nana1719 sebab faham rentak blog ni. Thanks yok!
Sorry takda diari pagi, tapi aku compile kan terus ek. So, masa selepas konsert, mereka dijamu dengan makanan yang dey all idam²kan haritu. So, sukalah mereka. Faizal masuk terus Dr. Fazley bagi keropok. Ermm..mesti dari Terengganu kan, tapi apsal tak besar lengan? Lepas tu si Salima nangis (konon lah sedih, lauk mak katakan...) Pastu apalagi, dey all makan lah. Tapi yang sedih, Karen takde, but then cheese cake yang Karen mintak tu ada kat atas meja. Sedih pulak..
Pastu yang bestnya si Ah Bet (Velvet, Y gelarkan) merasa semua makanan kawan² dia. Sebab Ah Bet dapat salad ajer. Mana nak kenyang. Dia ambik Diddy punya steak, ambik Farhan punya spagetti fuh...semua masuk pinggan Ah Bet! Pastu sebelum tu, Diddy tanya sensorang, nak steak tak, pastu sampai kat Farhan, she said makan lah dulu. Pastu Diddy kata dia makan cepat. Then Farhan cakap, kalau makan tak ingat aku ler..Habis makan dey all ucap thanks kat camera, yang Suck-lima (Joe gelarkan) ngan Zila nak bawak balik bilik, nak makan lagilah..Pastu Ah Bet kata dia tak tau makan salad, mesti mak dia yang bekalkan, sebab beriya nak tengok Ah Bet kurus. Hehehe...Velvet kata, sebab mak dia, dia makan gak..
Pastu Dr. Fazley buat games pasal character building ngan team building. Yang first game tu macam biasa jer. Second gam lak tunjuk Dr. Fazley suruh 3 kumpulan buat sesuatu menggunakan straw then bila Zila (rasaksa) nak jatuhkan telur (bom atom) mesti telur tu tak pecah. So, dey all pun buat. Kumpulan Farhan menang, kumpulan Salima kalah, telur pecah berdepot pek! Sayang jer telur tu pecah, goreng pun sodap!
Diari kedua macam biasa, tunjuk trainers comment about their performences. Then sebelum tu Cikgu Ramlee kata overall konsert memang best! Dapat tepukan dari cikgu². Pastu lepas komen, sampai kat Rich. Kan si Bob Lokman a.k.a Kerbau Balau tumarah Rich semalam. Memang aku tak setuju lansung cara Bob Balau tu. Yelah, dey all tu amatur, nak bandingkan dengan the original singer, mana boleh. Kalau suruh si Balau tu nyanyi pun belum tentu dapat nyanyi sehebat Rich. Pastu dia kata Rich munafik lah, memacam lagi. Siapa yang tengok semalam taulah kan. Pastu cikgu Fauziah Nawi kata, sebagai singer, kita kena ambiknya, then kat belakang barulah lepaskan. Tapi cikgu Fauziah Nawi kata, kalau dia lah kan, dia mesti nak balas baliklah kalau dah keluar bahasa² cantik masa tu. Cikgu Sherasi (Ajai) pun kata, kalau dia kat tempat Rich, memang dah lama dia terkam Bob! Padan muka kau Bob si Kerbau Balau!
Lepas tu tunjuk kemesraan bebudak, si Hanj-ziq (Joe gelarkan) pulak elok baring atas perut Rich. Nak manja konon, blahlah! Menyampah pulak aku nengok. Kalau nak tau apa pulak kata Joe, leh ler gi blog dia, baca apa dia kata tentang scene tadi. Lawak betul Joe nih! Pastu tunjuk Zila pula jadik pengurut, Aznil kata gantikan tempat Farhan. Belajar dari Farhan teknik mengurut...
Lagu minggu ni memang mengarut habis. Cuba tengok senarai tajuk lagu ni :
Amirul - Gempar Gerudi (For Your Eyes Only)
Rich - Phewitlah Bersama (Rocky Jagohan)
Haziq - Langgam Cik Sri Siantan (Joned PI)
Faizal - Aku Lelaki Hina (Zahari SS)
Diddy - Mentari Semakin Pudar Di Senja Hari (Elli Kuzini)
Farhan - Only You and Me at the Highway 78 Baby (Santiago Corrina)
Velvet - Lagu Anak Pengembala (Marhamah Hanum)
Salima - Di Penghujung Nyawa Ini (Kumpulan Nur Ikhlas)
Zila - Yang Yang Abang Sayang (Baby Herti)
Lotter - Raksa (D'Explorer)
I have no idea bout that, so memang tak dapat gambaran lah, macam mana agaknya lagu yang bakal dey all nyanyikan. Oklah, penat menulis. Da!!
Posted at 10:41 pm by little_pixie
Permalink
Sunday, June 11, 2006
Kerna Terpaksa Karen Melangkah Pergi
"Kerna terpaksa aku melangkah pergi
kerna terpaksa ku turut kata hati
gementar tubuhku dengan keputusan ini
biarpun pedih ku teruskan jua"
Aku memang dah dapat agak si Haziq tu akan kekal, sama gak ngan Amirul. Aku memang dah takda mood nak tengok AF lepas nih coz my favourite student kena singkir, dan orang yang menjijikkan masih tinggal kat dalam akademi sebab pengundi memang takda otak! Tolonglah, yang diperap tu memang dah takda bakat lansung, buat apa disimpan? Kalau simpan buat tambah langau...
Lagi satu aku tak suka cara Bob Lokman beri komen. Memang merimaskan, memedaskan telinga dan kadang² meloyakan. Dan yang paling aku bengang, siap boleh marah Rich! Bodoh punya pengkritik, kau tu datang bagi kritikan membina, bukan marah orang tak tentu pasal. Memanglah kau lahir pada ketika lagu tu popular, but please respect family students yang menonton, ingat dey all tak mak bapak ke? Lagi satu 'kerbau' yang menyalak macam anjing, baik jantan baik betina memang macam sial! Aku cakap terus terang, next week kalau Astro bagi masuk si jakun tu, memang alamat pecahlah piring satelite Astro. Memang annoying betul! Dah lah buat konsert tengahari, pastu pengkritik lemau, cuma yang best adalah performences students. Jom check this out!
Lotter. Suka style dia. Memang tak malu dan tak segan. Walau dikecam oleh pengkritik hati busuk. Well, dah style lagu tu gitu, kalau penyanyi asal melalak atas pentas pun memang gaya macam tu. Nak salahkan siapa? Aku suka rambut Lotter. 7/10
Karen. Ohmy, aku suka sangat dia nyanyi lagu ni, memang syahdu dan aku rasa dia akan stay, tapi malangnya nasib dia buruk sebab pengundi tak berfikir menggunakan otak. Kesian kat Karen, baru last week sedih Nora terkeluar, but then, this week, dia pulak kena usung beg. Tak sempat nak tengok Karen nyanyi lagu asli. Hua...!!! Hua!!! 8/10
Haziq. Memang gila babas punya tak sedap. Aku memang tak suka lagu ni, walau Mawi nyanyi pun sedap bagi aku lagu nih tak sesuai untuk zaman sekarang, tapi Haziq nyanyi (dah lah nak ikut Mawi, pastu apa yang Cikgu Sherasi ajar tak nak ikut, siap kau kena marah nanti!) memang tak sedap, pastu masa korus pitching lari gila, memang kelaut China Selatan terus! 5/10
Velvet. Bravo! Aku suka Velvet nyanyi lagu ni. Memang best bangat! Pastu suara dia tak banyak lari dan aku rasa Velvet nyanyi lagi sedap dari Sharifah Zarina! Ahaks! 9/10
Faizal. Aku harap Faizal akan jadik juara. Dia best, tak banyak cerita pastu baik ngan semua orang, cuma orang jer yang tak nak baik ngan dia (dah tau siapa kan?) Persembahan kali ni lagi best dari last week, baju dia pun lagi lawa dari last week. Memang minggu ni Faizal best! 9/10
Farhan. Wow! Memang class akak Farhan ni, bukan senang tu nak nyanyi lagu guna okestra keroncong! Dah lah tak practice. Orang kata practice make perfect, tapi Farhan main nyanyi dan ok, terlebih ok! Aku suka lagu ni. Dan ternyata Farhan bukan boleh bawak Jazz aje. 9/10
Diddy. Minggu ni vocal kurang sikit sebab dia nyanyi lagu mat salleh kot. Lagipun kena menari. Aku suka tarian dia "Oh..oh.." macam robot, cantik tahap gegar!! Aku suka giler!! Pastu aku suka baju dia, lawa dan kenapa music arragement macam taik ayam? 7/10
Zila. Superb! Vocally, totally perfect, dan aku rasa dia nyanyi lagu best dari minggu lepas. Kesian Zila, Karen ngan Nora dah takda, siapa nak kawan ngan dia? Salima? Pilih bulu...
Harap Farhan dapat kawan ngan dia. 9/10
Amirul. Amirul, totally messy! 4/10
Salima. Lagu hindi ni macam makanan dia. Better than last week. Tapi over la, siap nangis
² bagai. 8/10
Rich. Kan lagi best kalau suruh Velvet enterframe lagu ni? Aku suka cara Rich bawak lagu ni ngan suara dia serak² basah, cuma dia lupa lirik dan pitching terabur. 6/10
Overall, aku suka konsert kedua ni dari yang last week. Dan aku harap minggu depan lagu² yang bakal dinyanyikan akan lebih best lagi dan nak sangat dengar Velvet nyanyi lagu Teman Tapi Mesra, Zila nyanyi lagu Biarlah Rahsia dan Diddy nyanyi lagu Jamal Abdillah (tak kisah mana satu).
Karen dah keluar, dah kurang satu pelajar yang aku minat. Aku harap Ajai dapat didik dia lagi coz aku rasa Karen ngan Zila boleh masuk dengan lagu² Ajai.
Posted at 05:26 pm by little_pixie
Permalink
Saturday, June 10, 2006
Apa kena lagi ngan mamat suara asli tu? Aku memang tak paham betul. Memang aku buat entry tengahari ni coz nak lepas geram kat mamat yang ala² manja ni. Aku fikir si Amirul tu dari kindergarten, tapi si Haziq nih very the spoilt brat! Very the manja, very the kememe (kuat nangis)! Memang berapi siot semalam aku tengok dia cakap dengan Faizal. Yes, they made it macam joking, something kelakar and memang sometimes aku pelik dengan Haziq ni, dia bergurau pun memang macam budak sengal! Nak kebab unta lah..boleh blah!!
Semalam masa diari kedua, first ajer dah tunjuk Faizal macam tak puas hati ngan Haziq. Faizal kata jangan buat cam tu coz kita ni dah macam keluarga. The si Haziq ni cakap dia bergurau dengan Faizal, dia kata Faizal macam diam sebab tu dia gurau jugak. Just a stupid statement lah Haziq. Kau bolehlah gurau ngan orang yang sama kepala oktak ngan kau. Faizal tu macam mana, kau macam mana. Eventhough dia tu macam lurus sikit, kena hormatlah, he still berpangkatkan abang.
Faizal dah blah, dan dengan lebih jelas lagi terasa hati dengan Haziq, terus Lotter (yang memang backing Faizal) mensyarahkan di Haziq yang tak sedar diri ni! Lotter kata kalau nak gurau pun biarlah ikut tempat. Jangan asyik ikut suka hati kau jer. Kata Lotter yang sometimes bila Haziq gurau ngan dia pun, dia rasa cam panas jugak sebab kata² si spoilt brat tu memang pedas (buat malu orang Johor la wei...) Tapi aku orang Melaka..hehehe. Lagi, si Rich pun sokong si Lotter, kata yang Haziq selalu gurau tak ikut tempat, kiranya kalau orang tengah bersedih ke bergumbira ke dia tetap nak bergurau, dan guraunya pun pedas². Rich pun pernah kena. Masa Rich cakap dia ikut balik apa yang Rich cakap tu. Kan ke macam bebudak tadika punya cara gurau tu! Taulah kau tu 18, aku ni pun 18 tapi perangai kau tu memang over betul dalam akademi. Naik menyampah tengok muka dia tu. Dah lah nyanyi lagu Mawi tersekat² pastu ikut style Mawi pulak tu. Macam takda style sendiri. Memang hangin aku ngan dia. Pastu kan, masa si Lotter ngan Rich cakap² pasal dia, dia boleh tanya (sambil duduk atas sofa sambil mengurut kaki dengan mesin Osim). Dia kata, "Muka aku ni memang macam jahatlah?" dia tanya berulang kali. Dan aku kalau berada kat tempat Lotter tu, memang aku kaya YA sebab muka dia tu memang macam budak tak cukup umur lagi. Entah² memang belum cukup umur lagi kot. Perangai semacam punya gedik. Eh, lelaki pun gedik ke..?? Lantaklah, Salima pun tak gedik tuh cam dia (gedik perempuan biasalah..malas nak taip).
Kan semalam hari Jumaat, so memang ada sesi motivasi. Pastu, dengan Dr. Fazley lah diaorang selesaikan masalah. Pastu Faizal luahkan lah, yang dia memang nak rapatkan dengan Haziq sebab dia tengok Haziq ni memang macam mengasingkan diri pastu sekali pandang macam tension dan ada masalah. So, Dr. Fazley pun tanya Haziq. Entah aku tak dengar pun bikik butir, sekali terus nangis!!! Hua...!! Hua!! Memang spoilt brat betul. Dah buat salah menangis pulak. Memalukan!! Kalau dah buat salah tu janganlah menangis, sebab macam nak suruh orang bersimpati atas nasib diri dia yang malang tu. Pergi blah lah. Tak ingin aku nak bersimpati dengan orang mengada² macam kau tu! Buang karan! Pastu boleh pulak Dr. Fazley (dah mula tak suka ni) kata yang bila kita bengang ngan Haziq, Haziq pun bengang so jangan tambahkan lagi beban dia. Go to hell! Dah buat salah lagi mau cakap macam tu. Pastu Dr. Fazley kata, anggap dia macam adik sebab dia adik yang bongsu. Iee...nak muntah hijau siot dengar Dr. Fazley cakap macam tu. Zila pun 18, Salima pun 18 si Amirul tu pun 18 lagi lak lahir bulan 7 (macam mana lahir bulan 7 leh masuk AF?). Memang spoilt brat! Again read my lips SPOILT BRAT!!!
Pastu tunjuk since main tangkap ikan di kawasan periuk api. Pastu dia kena pujilah sebab main ngan betul takda tipu². Menyampah nyer rasa nak muntah. Pastu boleh menang dapat 2 bakul buah-buahan segar!! Memang tak adil! Aku benci kau Haziq!! Semenjak kau masuk memang aku dah tak suka, perangai mengada² pun aku tak suka, lagi dia buli Faizal menyebabkan aku lagi tak suka. Takpe, minggu ni aku rasa Amirul tak keluar kot, aku nak Haziq keluar, baru padan ngan muka dia..emo plak aku..
Cerita punya cerita, lupa plak pasal Zila ngan Karen. Dey all ni kena berlatih sungguh² sebab Cikgu Sherasi (Ajai. Y punya idea..heheh) masih belum puas hati lagi kat diaorang ni. So aku harap both of them dapat menyanyikan lagu tu dengan oklah. Sebab lagu² tu memang best! Jangan lupa undi Zila esok!
Untuk Kak Yonna & Kak Diya
Nih ada files yang nak share ngan korang. Sebenarnya
Kak Yonna ngan beberapa pembaca lagi nak tau lagu yang sedang berkumandang kat blog Pixie ni. So, ni ada lagunya. Sila right klik dan save target as atau save link as bagi Mozilla users. Ada satu lagi, lagu Linda Nanuwil yang Kak Diya kata best tu pun aku dah upload. Just for information, lelagu ni hanya untuk pengenalan. Aku tak layan request dan sila beli album yang original kalau nak kepuasan yang maksimum.
Irwansyah & Acha Septriasa - My Heart
Linda Nanuwil - Jika Kau Kekasih
Don't forget to vote Zila, Diddy, Faizal & Karen dalam konsert Akademi Fantasia esok!
Posted at 01:18 pm by little_pixie
Permalink
Friday, June 09, 2006
Majlis Penutupan Khidmat Negara Siri 2 Kumpulan 3 2006
Hari ni sorry sebab takda review diari. Sebab aku pergi ke Majlis Penutupan Khidmat Negara kat kem aku dulu. Memang best giler. Rasa rindu nak kawat ngan kawan² then tengok pergerakkan dey all yang sharp. Really missed all the sweet times together. Aku sebenarnya malas nak menulis so, ada beberapa keping pics sempat diupload dan ditepek kat sini.
Kat kem susah nak dapat kawan ngan perempuan, so, she's really my bestfriend sebab memang ada special chemistry dengan dia. Share the same thougts together, and Linda was a person yang boleh buat kita release tension dengan talk with her. Will miss her so much!! Anyway, dia dapat UTM, so wish her all the good luck!!
Kalau takda dey all nih, tak lengkap rasanya hidup kat dalam kem tu. Ajie, Pailang, Syafiq (my bed mate..hahaha sebelah katil, kawan yang best!!) and Linda, you'll be in my heart forever and wish Ajie and Syafiq all the luck too coz dey all pun dapat further stufy kat local universiti. I'll never forget waktu kita susah senang dulu, kat kem...
The great Komandan! Yeah, he is. Komandan Panersilvam yang very the sporting. Memang menjaga kebajikan setiap pelatih, samada wira mahupun wirawati. Sampai dia bagi nombor telefon dia, kalau ada problem, dia suruh SMS...Will remember him.
Yang mana nak tengok gambar masa perbarisan ada kat My Fotopages. Untuk warga kem Putra Putri, sayang semua, all the memories, will be kept forever...
Posted at 06:36 pm by little_pixie
Permalink
Thursday, June 08, 2006
Takda Mood Hua..Hua..Hua!!!
I don't know lah, apsal lah tetiba takda mood pulak. Nak buat ulasan diari malas betul. Aku rasa macam takda idea nak tulis apa-apa. Anyway, untuk pembaca sekalian, aku gagahkan jugak untuk menulis something. Anyhow, memula hehehe, kan aku ada marah Astro pasal sound system very the teruk kan? Rupanya, aku punya TV yang ada problem. Tu lah pasal, kerana nyamuk, kelambu kena bakar (betul ke aku cakap ni, main bantai je. Kalau salah sorry ek, dah lama tak sekolah. Hehehe..) Nampaknya kena betulkan speaker TV yang dah 'senget' tu.
Aku malas nak cerita satu² so aku compile kan diari semalam semua ek. Diari pagi, dah tunjuk skill Velvet bergusti. Hehehe...dia pukul Amirul dengan kusyen sampai orang tu tak boleh bangun dah. Hehehe...kesian dia. Tapi bagus pun! Lepas dia pukul, dia lari² pergi kat bahagian tepi kepenatan. After that, still story pasal berat badan, dan si Salima (Haziq interprem, ingat dah cukup bagus...) cerita pasal berat badan dia. Dia kata dia sulu gemuk (memang patut pun, dengar suara dah tau) sampai berat dia 80 kg something, the waktu form 3 baru dia kuruskan dengan aerobik & diet. Whatever...
Lepas tu tunjuk Farhan ngan Karen berbual pasal adik. Karen tanya Farhan ada banyak adik ke. Then Farhan kata yang dia memang ada adik dan selalu jaga adik² dia. Kadang² rasa cam penat jaga tapi kalau takda adik² tu, Farhan kata sunyi pulak. Joe pun ada cakap, dah lama tak tunjuk semangat kekeluargaan dalam akademi. Well, faham² lah macam mana last year punya akademi. Sok sek sana sini, gaduh² then tak ada pesefahaman. This year punya akademi, back to AF2!
Rich pulak sibuk berlatih dengar gitar lagu yang akan dibawak waktu konsert nanti. Well, masih weak lagi tapi aku suka suara Rich bawak lagu tu. Lepas tunjuk Rich berlatih, tunjuk pulak Velvet nyanyi lagu Rich dan si Rich miming suara Velvet. Kelakar seh, memang lawak giler. Kalau korang tengok mesti lawak tahap gegarlah!!
Aksi buat cekodok guna ketuhar. Best gak, Farhan tunjukkan sifat ke-kakak-an dia buat cekodok. Sambil tunggu cekodok masak dalam microwave, dia siap menari depan microwave. Bila masak, katanya rasa macam biskut. Yelah, dah cucur tu perisa coklat!
Lastly, Ning datang buat kezutan. Heheh..Ning very the vouge, pastu gunting rambut (katanya untuk the kids). Cun wa cakap lu..Oklah, Ning datang pun untuk bagi tips pasal image. Cakap pasal jaga what we wear from head to toe and etc. Masa nak balik tu, Ning nyanyi lagu Awan Yang Terpilu, then dia nyanyi lagu yang Rafhan nak nyanyi nanti. Sedap gak dia nyanyi coz Ning kata style dia beza skit. Aku setuju ngan Joe sebab Zila kurang ditonjolkan dalam diari. Kesian dia, maybe bak kata Joe, ikut giliran..
The second diari showed Rich and Karen menari tapi nampak funny (funny sangat ke) sampailah Linda Jasmine gelak pecah perut. Lepas tu tunjuk Faizak kat kerusi urut, takut letak kaki dia kat tempat pengurut tu. Dia kata kalau elektri tiba² takda nanti kaki dia melekat kat situ. Si Faizal kata dia orang kampung, tak biasa nak guna benda ni, then Lotter pun kata dia orang kampung, tapi bila Faizal dah kaya mesti nak pandai guna kerusi tu! Bagus kau Lotter
Cerita pasal apa yang dey all teringin nak makan. Lotter ngan Salima nak makan ikan keli, Zila nak makan sambal tumis mak dia ngan coklat yang ada almond, Amirul nak pepperoni pizza (alahai kau berlagak nyer..), Rich pun nak Pizza dan Haziq nak makan kebab unta, bodohnya!!
Stop herelah...memang dah takda mood nih...huhuhu...
Posted at 11:45 am by little_pixie
Permalink
Tuesday, June 06, 2006
I've got nothing to say but then I want to ask something. Why the sound system of Diari Akademi Fantasia like suck?? Ohmy, I can't listen to the conversation. Oh please lah Astro (tapi aku tanya Y dia kata takda menda..peliksss).
This is the song list bebudak tu dapat this week, and yang ada link tu sempat aku upload untuk preview lagu² tugasan. All the songs bukan not in high qualiti (aku pun takda masa nak upload lagu yang saiz besar) dan ia hanya untuk pradengar sahaja.
Amirul - Fiona (4U2C)
Rich - Dendang Remaja (A. Romzi)
Lotter - Ibu Kota Cinta (DefGabC)
Karen - Kerna Terpaksa (Fran)
Farhan - Sayang Di Sayang (Kartina Dahari)
Zila - Jika Kau Kekasih (Linda Nanuwil)
Haziq - Kian (Mawi)
Diddy - Lonely No More (Rob Thomas)
Velvet - Langit Ketujuh (Syarifah Zarina)
Salima - Kush Yon Aur Gham (Udit Narayan & Anuradha Paudwal)
Faizal - Semalam Yang Hangat (Wings)
Kalau you guys nak lirik boleh dapat kat sini. Anyhow, semalam takda benda yang banyak dibincangkan. Cuma cikgu comment about all the performences and tegur mana silap dan salah dalam setiap persembahan individu.
Hari ni, sama gak, the sound sucks. Tapi still boleh dengarlah. Dr Fazley suruh sesiapa yang akan menyanyi lagu Inggeris dimestikan speaking London for the whole week. Diddy kicks the ball. Then, Cikgu Syafi ajar vokal untuk menuju puncak. Dia tak nak ada yang pancit masa menari so, dia ajak bebudak tu menyanyi sambil menari. Bagus gitu.
Last sekali tunjuk clip Fauziah Nawi marah Farhan sebab tak dapat menjiwai sajak yang nak dideklamasikan. Bila Farhan dah nangis, then repeat the poem again, barulah ok. Fauziah Nawi pun peluk² pujuk. Masa Farhan tengah dok nangis, Si Salima bagi kata² semangat, sekali kena marah! Fauziah Nawi kata, "Salima kau jangan cakap satu perkataan pun, Salima." Terus diam. Muahahah!!! Kelakar aku tengok. Bila sampai part Amirul pulak. Baru nak deklamasi sajak dah nangis. Bajet cute lar tu. Menyampah tahap geli ketiak tau tak. Macam Y kata, lepas ni mesti kadar voting dia naik dengan mendadak. Mesti minah² desperate undi, perabis kredit kat dia. Whatever...
This week, macam biasa, I'll wait for my favourite 4 performences, Diddy, Zila, Karen and Faizal. Yang lelain aku nak tengok Velvet, sebab lagu tu sesuai dengan dia, then Lotter. Salima pun aku agak akan naik undi dia. Mentang² dapat lagu Hindustan. Kacanglah kot bagi dia. Hope Amirul out this week!
Posted at 02:49 pm by little_pixie
Permalink
Monday, June 05, 2006
Karen Sedih, Zila Pandai Menoreh & Gol & Gincu : The Series
Diari tengah hari nih tak banyak yang aku faham. Bukan sebab pelajar tu guna bahasa alien tapi mangkuk tandas punya Astro, dah masuk AF4 dah ni, sound system hancur tahap gegar! Mana boleh tahan beb! Dari mula sampai akhir tak faham apa yang pelajar² tu cakap, bila jerit sikit dah tak dengar. Macam dey all cakap dalam air. What da..I'm so fed up with Astro, from how they perform billing, magazines (tottaly mad with who were incharged bahagian billing ngan magazine, FYM!) Memang tak jelas lansung butir percakapan bebudak tadi. Tapi aku just tengok jerk, tak focus audio. Pergi mampos!!
After Nora eliminated last Saturday, all students felt like missing, especially Karen & Zila who close to Nora. Anyway, Dr. Fazley asked Zila to say something about Nora. Zila said that maybe after Aznil announced the elimination, Aznil will call her back, but then, Nora was really really eliminated. Karen crying while she said Nora always support her with, "Go Karen, go!" Karen knew Nora since Konsert Prelude and Karen felt so sad when after this nobody will hear her problem anymore. And Dr. Fazley kata siapa boleh cakap, "Go Keren, go!" Then all of them kata boleh (jangan tak boleh sudah).
After the sadness situation, Dr. Fazley kata dia nak bawak all the students pergi outing (What? Outing? Bebudak dulu tak merasa nak outing sampai keluar!) ke Taman Warisan Pertanian Putra Jaya (correct me if I'm wrong). Sampai sana dey all semua menjamu selera dengan berseleranya. Bila mula nak makan, cameraman focus muka Velvet! Muahaha...jadi mangsa lah kau Velvet. But aku respect kat Velvet ni, sebab dia takder lah berpura-pura diet macam bebudak lepas. Dia nih jenis tak hipokritlah. Dia nak makan apa pun dia makan. Selera mana boleh ditahan (bagi aku ler).
Lepas makan dey all pergi melawat cam ladang getah. Zila pun apa lagi sambil lepas geram, dia tunjuk skill motong getah! Bagus, bagus, nanti boleh buat tutor kat artis² yang masuk rancangan Dua Dunia kan? Ada style lah jugak Zila motong getah. Orang yang bagi penerangan tu pun cakap yang Zila punya cara boleh tahan coz kalau orang yang tak tau motong getah, saiz kulit yang dipotong tu akan lebih dari 1mm. Bebudak yang lain tengok jer (takkan tengok jer, cuba bagi Haziq ngan Amirul buat...)
Zila sibuk motong, si Salima pergi ambik getah tu, dia gi tiup macam ballon. She said that orang yang ada banyak angin jer yang boleh tiup. Memang besar gilalah ballon tu. Tak busuk ke? After that dey all pergi kayaking ngan main boat yang cycle guna kaki tu. Pastu dari atas boat simbah menyimbah. Farhan ngan Diddy naik kayak. Tapi macam tak reti berkayak jer aku nengok. Berlaga-laga dia punya paddle (correct me If I'm wrong). Lepas tu dey all ada main game. Tak tau main game apa. Game ala² team building jer. Then berangkat balik. 3 jam lebih kat sana, ha..hambik kau!
Sampai kat Akademi, Girls semua cakap yang menarik kat sana. Zila kata dia suka dapat makan buah kedondong. Yang si Rich pulak cakap dia suka makan buah 'Kekondong'. Semua orang gelak kat dia. Boys pulak cakap pasal Zila motong getah. Ada ke si Haziq kata bagi dia upah RM5! Bodoh kau Haziq, macam kutuk Zila jer nada tu...Kalau kau kutuk lagi, siaplah.. After that dey all denga wasiat dari Nora. Biasalah 'I love you' 'sayang' bla..bla..Yang paling best, semua nama kawan² Nora sebut kecuali Amirul. Muahaha...nasiblah kau, tu tandanya dia nak kau pun keluar next week Amirul! Tonite, students akan diberikan lagu. Teruja pulak..Harap² Zila dapat lagu Biarlah Rahsia.
Last night, accidently switched to 8TV and there you are, Gol & Gincu : The Series. I'd wait for its movie sequel but then it comes out with new series. Quite interesting and the plot was continued after they win the futsal championship.
Here the synopsys. Putri is introduced to Reza's world in a local university where he is currently a third year law student. Unbeknownst to Putri, she has a rival for Reza's affection in the form of Ayu, Reza's coursemate who has been harbouring a long hidden crush on him. Putri and Reza both begin to realize that dating someone from a different social class can be disturbing to a man's ego. In the meantime, Putri's futsal team Bukan Team Biasa are in need of new players and Zie tries to convince Shasha to put her differences with Putri aside and join the team. And in Putri's own world a new danger emerges in a form of a mysterious stranger name Marwan.
Aku rasa Putri akan back to her ex sebab Reza macam tak layan dia sangat (gatal kau Fazura, senang jer tukar balak..) Shasha pulak mesti cemburu sebab yelah, Putri dengan Eddy balik. Meanwhile, Ayu, Reza's coursemate macam ada hati ngan dia. Tapi kelakarlah aku tengok Ayu tu. Dayang (Zarina) pun ambik course undang² sama U dengan Reza & Ayu. Mia pulak crush dengan balak yang lagi tua dari dia. Sampai family dia kata balak Mia tu nak mengikis harta Mia & family. Marwan, the mystery man tu pulak aku rasa ex-husband mak Putri. Tak caya just watch. Can't wait the next episode.
Posted at 03:18 pm by little_pixie
Permalink
Sunday, June 04, 2006
Susah Sangat Ke Menari Sambil Menyanyi?
Well, topik aku as usual after konsert. But then, why I put dia punya tajuk macam tu? Sebab aku geram ngan Anak Beruk tu! Siapa pembaca blog aku since tahun lepas tahulah sapa Anak Beruk tu! Tapi aku pun dah lupa samaada aku gelarkan dia anak beruk ke, bapak beruk! Muahahah...Ok, can you imagine, si Adlin tu cakap ngan Nora (nasib baik aku tak suka kau Nora, kalau tak measti aku marah lagi gile²) "Susah sangat ke menari sambil menyanyi?" Amboi mulut, senang aje ko cakap ek? Dasar manusia bodoh ler kalau cakap main lepas. Cuba kau buat sendiri la! Jangan cakap jer tau. Isshh, nasib baiklah kau dalam TV, kalau tak...dah lama aku rembat muka kau ngan kawah kacau dodol atok aku. Pastu, aku heran ler, apsal lah dia asyik pegang bahagian mata dia ke bawah tu? Aku taulah parut hodoh kau tu dah takde..Lagi mau tunjuk². Then, aku agaklah, mesti dia pakai susuk, takut susuk dia jatuh tulah yang pegang² tu! Muahaha!!
Sebenarnya aku malas nak celoteh panjang. So aku ringkaskan aje lah ek!
Rich. Nih apalah lupa lirik ajer. Suara tak jelas. Nasib ada kawan² backup dancing kat belakang. Kalau tak, mesti tak meriah.
Zila. Kesian Zila aku nih. Ada ke patut tayang gambar dia cakap pasal penceraian mak bapak dia. Then, dia sebak sampai tak boleh nyanyi dah. Nasib baik ok. Siannya...
Nora. Si gerdik dah keluar. Sorry, suaramu kurang power itu malam. So vote pun kurang, walaupun kau banyak keluarkan muka kau kat TV!
Haziq. Ni bukan pertandingan lagu asli ler mangkuk...!! Adoi..musnahlah masa depan budak ni kalau dia asyik bawak lagu macam lagu asli. Bukan takde suara, tapi memang saja tak boleh buang tebiat lenggok asli tu. Naik menyampah pulak dengar dia nyanyi lagu Mungkin Nanti versi asli.
Farhan. The voude the vass. That's what I call performer! Walau aku tak suka dia waktu first hari tu (prelude) tapi aku dah mula suka dia. Sebab dia tak emo sangat then dia tak berlagak sangat. Tapi apsal dia suka angkat tangan dia goyang². Nanti orang pikir lain pulak..
Amirul. Out next week!
Salima Mula² ok, then bila tudung dah tercabut, terus gabra. Muahaha...pakai tudung konon. Si Hajah Wan Chik puji pakai tak ketat! Pirahh...!! Semalam pakai tudung tapi nampak sikit telinga then rambut dia terkeluar sikit kat belakang. Hahaha...bodohnya, kalau nak pakai tudung, pakailah macam Waheeda tu. Susahlah nak mengajar orang yang dah besar panjang ni..
Lotter. Dia nih ok dah. Cukup segala. Cuma aku nak komplain dengan Wan Chik tu. Tak buat homework ke? Si Lotter ni bukan beragama Islam. Ada ke patut dia bagi salam. Mak cik, lain kali tengok diari AF pagi petang siang malam tau! Buat homework sikit.
Karen. Pakaian seksi. Sampai Adlin tak sempat fikir apa nak komen. Mula² ok pastu semput pulak. Adehh..nasib baik waktu akhir tu leh tarik. Kalau tak kantoi!
Diddy. Ok jer. Nasib baik Adlin puji. Kalau tak memang melayang kawah kacau dodol atok aku kat muka si Anak Beruk tu.
Velvet. Datin ni, kalau cakap pot pet pot pet, tapi nyanyi pun ok gak. Pastu mak dia ada call dia. Dia punya jerit bukan main. Tapi at last, satu apa pun dia tak dapat cakap! Muahaha...
Faizal. Mak cik aku suka dia ni. Dia buat lawak pulak semalam. Kata keropok lekor Terengganu besar lengan! Muahahaha...Persembahan ok! Aku suka!
Menuju Puncak. Kesian aku tengok. Huhuhu
Nampaknya ada kejutan. Tahun ni beg keluar dari pintu berpusing kat bahagian belakang. Cam Roda Impian pulak. Aku heran, mana perginya skrin besar? Kali ni, Nora terpaksa usung beg. Dalam sejarah you! Hehehe...gedik lagi kan dah kena kick!
Overall, aku boleh kasik 3 bintang. I'm still excited untuk tunggu next week punya performences. Can't wait!
Nih ada pesanan dari Makcik Bedah sebelah rumah aku. Dia ni peminat fanatik Zila. So, lepas aja konsert semalam, dia punyalah suka sebab Zila tak keluar. Pastu masa Zila tengah nyanyi, dia pun nangis sekali. Hehehe..Kelakarlah Makcik Bedah tu...
Posted at 11:56 am by little_pixie
Permalink
|
|
|