Entry: Mari Menangis Bersama Spoilt Brat! Friday, June 16, 2006



Sebelum apa² nak tanya korang semua, perlukan kita simpan si spoilt brat tu lama² dalam akademi? Memanglah, kononya pandai nyanyi lagu asli, tapi kalau mengada² tu dah sampai tahap yang overdose, cam mana pulak kan? Memanglah awak tu budak kecik lagi (badan bagak..) tapi janganlah emo sangat dalam tu. When you gets emo, aku pun lebih emo kat luar ni. Orang tengok diari untuk suka² bukannya nak tengok orang termenung .

And one more, kenapalah aku menyampah bila on channel 15 tu? Yelah, kalau nak kutuk AF4 aku pahamlah, macam apa yang aku buat sekarang ni (tapi aku bukan kutuk, tapi lebih kepada tak berpuas hati) Agaknya orang² yang chat kat channel 15 tu semuanya bebudak sekolah. Yelah, hal² tahun lepas tu kena ungkit, cerita pasal Mawi toksah cakaplah, bertimbun. Dedulu ok jer channel 15 tu, sebab aku ada join gak, tapi dah lama, masa AF1. Tapi bila dah sampai AF4, dah tak semenggah umat² kat atas karpet tu .

Back to our story today. Last night, ada tunjuk Hanj-ziq yang memang bertambah blur day by day, dan today, tunjuk lagi ke-blur-an dia tu. Memanglah kat dalam tu tension, tapi ingat sikit, orang lain pun nyanyi gak, masuk AF gak, tapi takda lah murung semacam. Lepastu buat pengakuan kat camera. Katanya dia penatlah, main kejar² ngan Lotter (siapa suruh main) pastu siap lagi mintak khidmat mengurut badan! Adeeii..ni bukan Mawi ler!

Masuk ke kelas Cikgu Sherashi. Cikgu Sherashi ajar the students macam mana nak buat dynamic pada certain² part of the song. Mula² tunjuk Diddy. Diddy nya lagu kan macam ada tarik pada bahagian korus, so, Cikgu Sherasi kata, kalau nak tarik sekalipun janganlah straight sangat, so kena ada lenggok sikit. Ermm..semenjak Cikgu Adnan takda, memang takda orang nak ajar lenggok lagu. Sampai turn Zila. Nyanyian Zila pun kena dynamic gak masa first verse. Oklah. Rich, Ah Bet, Lotter, Farhan pun kena gak. Tapi aku tak nampak Suck-lima pun? After semua dah selesai, tinggal Hanj-ziq sorang yang masih dalam kebigungngan, dan Cikgu Sherashi pun tanya kenapa jadik macam ni? Lepas tu barulah dengan terhegeh² menjawab yang dia ada masalah ngan Lotter (dah agak dah!). Dia cakap, satu hari tu dey all main kejar². Lepas tu dia tak tau yang ajak main tu Lotter dan dia cakaplah, siapalah punya idea ni, lebih kurang cam tu lah. Lepas tu Lotter ambik hati ngan dia. So, sebab tulah dia monyok macam cencurut! Well, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata? Tanggung sendiri. Lepas tu dia cakap lagi since peristiwa tu, dia rasa macam orang tak nak kawan ngan dia, dan dia cakap lagi yang dia ni memang suka berkawan. So, suka berkawan, bila buat hal ngan kawan takut persahabatan hilang? Macam tu? Baguslah kau buat cara macam tu . Aku agaklah, bebudak lelaki kat akademi tu, memang dah tak suka ngan dia agaknya. Tapi disebabkan masuk TV, kenalah plastic kan jugak. Lepastu, Cikgu Sherashi panggil Rich & Lotter shake hand balik and hug each other. Dah dua kali dah kau buat hal Hanj-ziq. Nasib kau lah! Peratus dah low. But then, aku pun terpikir jugak yang dia buat salah, kenapa asyik dia jer betul. Mungkin dia gunakan faktor umur untuk mintak belas kasihan ngan cikgu² semua. Plastiknya...

Hari ni Felix dan Marsha datang buat kejutan, yang macam bukan kejutan jer. Tak bawak apa pun, cuma cakap macam mana nak buat lepas keluar akademi nanti. Lepas balik. Montage tak sampai pun 10 minit. Lepas tu datang pulak Samsudin lamin, ala penyanyi lagu asli yang nyanyi kat Separuh Akhir Juara Lagu, tapi aku tak ingat tahun bila. Sorang² student kena nyanyi lagu Seri Mersing lenggok asli. Bila sampai giliran Hanj-ziq, bolehlah pulak nyanyi sambil senyum². Dah hilang masalah? Ataupun masalah dibuat². Secara amnya, tema keseluruhan diari hari ini adalah kisah Mari Menangis Bersama Spoilt Brat.

Last sekali tunjuk Sham marah² ngan bebudak ni. Aku pun tak tau apsal tetiba jer bebudak kena marah. Period ke apa? Agaknya malam kang sambung kot. So, wait my for review!

Mari Menangis Sampai Banjir!

Well, permulaan diari dimulakan dengan students nak pergi sarapan, siap pakai baju melayu ngan baju kurung ala punjabi. Cantik bebudak tu hari ni. Sambil makan, Lotter nyanyi then si Amirul nyanyi lagu Lotter! Whateverlah, janji kau tak over..

Lepas tu tunjuk clip dey all berlatih tae kwan do, maybe clip semalam kot. Nampaklah si Velvet karate papan tu. Wah, macam lepas geram. Cara dia tumbuk punching bag pun nampak cam lepas geram. Kan bagus kalau punching bag tu badan si Hanj-ziq! Muhehehe...Zila pulak tumbuk tapi tak keluar suara. Ye lah, baru first time dey all belajar, then basic pulak tu. Sama gak apa yang aku belajar kat kem dulu.

Pengetua baca report card (wahh..dah maju sekarang AF ni, siap ada report card!) Adalah dey all dapat gred A ke, B ke. Yang aku tau si Lotter dapat gred D waktu awal masuk akademi tapi sekarang makin meningkat . Bagus tu. Amirul pun sama gak. Zila pulak pengetua kata kena ada pendirian. Velvet pulak kena jaga stamina sebab Velvet kan memang power kalau on stage . After that papa rock kita tu nyanyi lagu puisi untuk anak² nya..Bestlah pengetua kali ni, very the fatherly.

Last scene tunjuk dey all bagi ucapan untuk kawan². Memang sedih . Rich dapat Zila. Rich kata adik abang nih rajin. Pastu kalau keluar jangan sedih. Velvet dapat Farhan, Farhan dapat Hanj-ziq and Amirul dapat Velvet and he's crying just like a crazy man!

Ok, very the last scene tunjuk Velvet, Zila ngan Faizal buat persembahan. Si Ah Bet tu pakai apa ntah, nyanyi lagu P. Ramlee, yang tolong kami bantu kami. Lepastu, si Zila mula gelek, then si Ah Bet yang ala² sedih pun gelek jugak . Lawak giler waktu!

Last but not least, condolence for me to Erra Fazira sebab dia dan Yusry dah announced yang dey all dah divorce, since bulan April lagi. Sian Erra..

   12 comments

Pixie
June 17, 2006   12:35 PM PDT
 
Ntahlah...Pixie kutuk pun benda yang benar, yang tak sedap mata memandang..hehehe...
Lemonade
June 17, 2006   10:45 AM PDT
 
ehehe... aku rasa nak tergelak aa ngan orang tak tahu malu ni...
takpe pixie..buat bodoh je..klo dia reti malu, dia berambus ler
LILO
June 17, 2006   06:09 AM PDT
 
hi pixie. masuk sini selalu, tapi akak tak komen apa pun. just sad about Erra n yusry... tu je. AF no komen, since akak tak ikuti sgt. just tgk show kat you tube. tu pun kalau ada org upload video... maklumlah, still di perantauan...
diya
June 17, 2006   05:52 AM PDT
 
anti-pixie >> whtever.. ckp org len, diri sndiri pn sama je.. erm..

pixie >> jgn layan manusia meroyan 2 yer dik.. wat dek je.. i'm wif u, cewahh!! :D
anti pixie
June 17, 2006   03:17 AM PDT
 
haha. first kepada diya. aku takleh kutuk adik ko la eekk? yg adik ko kutuk org lain boleh pulak? ~bias~. si pixie dok report joe terus tuu. hahaha. nampak gayanya ko sama jer ngan haziq tak matang. jgn ckp lebey la wei. pi blaja masscom baru berangan nak jd wartawan. ntah dpt ker ntah tak. surat offer tak dpt lg dah berangan mcm2. hahaha
diya
June 17, 2006   01:24 AM PDT
 
adoii.. dua2 diari hari ni akak xtgk.. xlrt nk tgk, lth dik.. cam bes plak diari ke2 yg pixie cite..

p/s kpd anti pixie 2, jgn ngada2 nk kutuk adk aku, coz aku lbh prefer bc kat blog pixie rather than joe..
Pixie
June 16, 2006   10:59 PM PDT
 
Ye ker? Aku tak marah pun! Sukanya..hehehe...
anti pixie
June 16, 2006   10:56 PM PDT
 
cam ni lah kalau bebudak bg komen. nak tiru klubbkidd la tu. haha. jauh panggang dr api. dier tu wartawan, ko tu apa ada? setakat baru lepas spm, dah nak tunjuk lagak cam wartawan
Pixie
June 16, 2006   08:54 PM PDT
 
Ambik ler..hehehe....Nasib baik bandwith takda limit..heheheh!!!
Lemonade
June 16, 2006   07:06 PM PDT
 
No adab! huhh.. biasalah, anak manja..malas da nak amek peduli pasal dorang..
Pixie..yg lagu My Heart tu best arr..dah jatuh chenta kat lagu tu..lemon letak kat site lemon eyh...
Pixie
June 16, 2006   06:41 PM PDT
 
Betul! Semalam kan, masa Cikgu Syafi tanya dia elok2 dia buat dunno jer..Pastu membelakangkan cikgu pulak tu. Naik bosan tengok dia nih...
diya
June 16, 2006   06:14 PM PDT
 
kdg2 akak rs si haziq ni jns melampau le.. dgn cekgu pn mcm xbape hormat.. tlgla!! AFUNDI KELUAR HAZIQ!! Tak kuar gak minggu ni, akak mls dh nk tgk diari..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments