|
This is short review untuk hari ni, so kepada yang nak lebih detail, leh gi blog Joe tapi not now, maybe paling cepat lepas diari kedua nanti. Anyhow, macam biasa, first day of the 4th week, nangis selepas balik dari auditorium. Yang paling ketara semua dah tau si Ah Bet sebab dia yang paling rapat dengan Rich. Yang lelain pun sedih terutama guys yang rapat dengan Rich (Lotter). So, masa di meja makan, Dr. Fazley tanya setiap seorang apa yang Rich pesan before concert. Faizal belajar bahasa Inggeris dengan Rich. Sebelum Dr. Fazley ke akademi, Rich ada pesanan untuk Velvet, he said that he really care bout her. He repeat it 3 times. Ah Bet nangis lagi Lepas tu dengar wasiat. Cam biasa, pesanan untuk one by one. Selepas itu, mereka mula bergumbira dengan tugasan yang diberikan oleh Dr. Fazley. Baru minggu ni aku dapat tengok dey all main with colors and brushes. Colors boleh menenangkan fikiran! So, Dr. Fazley divided 9 of the students kepada 3 groups. Amirul, Ah Bet & Lotter were in the first group which is for mata˛ sepet. Zila, Farhan & Faizal were in the second group which is for sawo matang and Salima, Haziq & Diddy were in the third groups which is juga samo matang and wearing scarf. First group is Japan, second is Brazil & third is Italy. Mereka diberikan pastel colors and brushes untuk mengecat muka masing˛ menjadi bendera negara yang telah diberikan. Yang lain semua ok kecuali si Ah Bet. Si Amirul ngan Lotter lukis muka Ah Bet jadi macam dracula then si Amirul kata muka Ah Bet macam orang Africa (jahatnya mulut, ada ke cakap orang Africa macam tu). Nasib baik Liya tak masuk. Si Amirul ni kalau cakap asyik main lepas jer After that mereka pun main tutsal. What it is? Tutsal tu main bola guna lutut. So, that's why Dr. Fazley gelarkan games ni tutsal. Disebabkan group Brazil ada 2 perempuan, so, Hazama dijemput untuk main bersama dan dimasukkan dalam pasukan Brazil. So, permainan pun bermula. Memang kelakar tengok dey all main tutsal ni coz ye lah, rebut bola guna lutut..Hehehe..Lepas tu si Salima pulak krem kaki. Asyik krem je kaki kau ni Salima, tu lah manja sangat. Lepas tu Salima ditarik keluar dari gelanggang. So, last sekali yang menang ialah group Japan! Alorr...ni dah panjang giler ni. Kata je nak buat short review. Well, tunggu malam ni untuk mengetahui lagu baru yang bakal dinyanyikan minggu ni.. Lagu˛ Tugasan Minggu Ini Zila - These Boots Are Made For Walking (Nancy Sinatra/Jessica Simpson) Lagu˛ minggu nih leh tahan mantap. Harap Zila leh buat yang terbaik untuk lagu tu, seksi nak mampos kalau Jessica Simpson punya version! Aku takda masa nak bagi promo clip, so, kalau ada masa nanti aku upload eh..Sekarang tengah tension nih, makin tension makin banyak aku makan. Nanti makin kembang..Entahlah... By the way, aku dah install mp3 player yang latest kat blog aku tu. Cun tak? Buat masa ni aku layan lagu mat salleh ek, sebab mood tengah tak baik ler. Anyway player tu namanya Singing Box and sesiapa yang berminat leh ler register. Kita hanya perlu mengupload sebanyak mana music files yang kita nak ke hosting kita sendiri, then terus tepek link tu di bahagian configuration kat account kita. Senang giler, more easier than radio blog yang aku dok belajar macam mana nak install sampai sekarang tak tau. Ok then, kalau nak dengar lagu just klick kat nama lagu tu and kalau ada masa aku upload lagi.. |
| diya June 20, 2006 12:45 PM PDT sonok tgk reaksi muka salima bile pengetua ramli sarip bitau die ke2 last.. muahaha mgu ni she muz out! | ||
| Leave a Comment: |