Tersebutlah satu gerangan kisah yang dititip indah, pada zaman dahulu kala, tinggal 9 orang wira dan wirawati di dalam sebuah kubu mewah yang diberi nama Akademi Fantasia. Minggu berganti minggu, mereka diberikan pelbagai tugasan yang kadangkala tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran. Pun begitu adanya kemudahan tukang ajar yang bertauliah tapi malang nasib seorang wira dan seorang wirawati tidak dapatlah mereka merasa tenteram dek tugasan yang tidak pernah terfikir waras akal mereka. Wirawati Zila sangat sukar untuk menyebut butir Bahasa Inggeris yang sememangnya sangat asing bagi dia kerana masakan keju boleh bertemu dengan sambal sotong kering air tangan ibunya.
Malang yang tidak berbau juga datang tertimpa di atas bahu Faizal kerana harus menyanyi lagu yang agak cepat sebutannya hingga dirasakan dia lebih semput berbanding pesakit asma adanya. Pun begitu bersemangat untuk menyanyikan lagu Wo!! tersebut, kiranya tiada tandingan kudrat melawan kehebatan pendendang asal. Kira adanya Faizal harus bersungguh-sungguh untuk bertempur minggu ini agar kehebatannya tidak luntur dek rasa tekanan yang melanda diri
Ok tak? Hehehe...sesaja je melepaskan rasa keboringan kat sini. Ntahlah, kesian tengok Zila ngan Faizal, they just tertekan kat dalam tu. Kesian both of them. Balik cerita pasal Salima, ermm..apsal lah sedih sangat tahu yang dia tu kat bawah sekali? Farhan tu berminggu² dok kat bawah tak nangis pun? Nak raih undi ke? So, sekarang dengan bagganya diumumkan kedudukan Salima buat masa ni, she's on top! .
Lepas tu tunjuk bebudak tak cukup umur, si Haziq ngan Amirul main bola senaman tu. Agaknya kat rumah depa takda kot, tulah teruja semacam je . Diari pagi ni banyak focus pada Zila ngan Faizal sebab seperti yang tertulis kat atas tu. Both of them tak boleh nak catch up dengan lagu yang diberikan. Wo!! was too fast untuk Faizal, and These Boots Are Made For Walking was too English untuk Zila (lidah Melayu nih..hehhe...) So, dalam kelas Cikgu Syafi pun dey all berdua ni yang banyak ditunjukkan. Last sekali tunjuk Zila nyanyi lagu tu dengan Cikgu Fauziah Nawi. Bila tengok tu, teringat pulak kat Atie masa AF1 bila dia dapat lagu Save The Best For Last...
Terlajak Kata Badan Binasa
Kan aku dah kata benda ni takkan senyap, so Saleem terpaksa buat sesuatu untuk jaga maruah dia dan sekaligus membuatkan si Adlin terkapai² meminta bantuan. So, korang bacalah petikan akhbar kat bawah adalah hak milik Harian Metro.
KUALA LUMPUR: Penyanyi AM Salim Abdul Majid atau Saleem, 44, tetap mahu Adlin Aman Ramlie, 34, mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepadanya pada konsert minggu keempat Akademi Fantasia Musim 4 (AF4), Sabtu ini.
Jika tidak, bekas vokalis kumpulan Iklim ini mungkin tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang menerusi saman malu terhadap juri tetap AF4 itu.
Saleem menyatakan demikian sebagai menyatakan maklum balas terhadap tindakan Adlin mengeluarkan kenyataan berhubung isu ganja dan dadah terhadap seorang peserta AF4, Mohammad Faizal Ramly atau Faizal, 22, pada konsert AF4 minggu lalu.
Sekalipun apa yang dilontarkan Adlin itu mungkin bersifat umum, ia tetap dianggap keterlaluan dan seolah-olah mempunyai sentimen untuk ‘menyindir’ bekas vokalis kumpulan Iklim itu.
Lebih-lebih lagi apabila Saleem sendiri sebelum ini pernah beberapa kali dikaitkan dengan masalah ganja dan dadah sehingga diheret ke muka pengadilan.
“Walaupun Adlin berserta pihak Astro sudah menyatakan maaf, pihak saya tetap menuntut ia dilakukan secara terbuka dalam televisyen.
“Sebab apa yang dinyatakan Adlin dalam konsert minggu lalu turut disaksikan seluruh masyarakat Malaysia.
“Rata-rata yang menyaksikannya kurang puas hati dengan kenyataan Adlin itu dan mereka memaklumkan sendiri hal itu menerusi panggilan serta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada isteri saya, Julia.
“Secara kebetulan pula, waktu Adlin memberi komen terhadap persembahan Faizal itu, saya dan Julia dalam perjalanan pulang (selepas menghadiri konsert AF4).
“Jadi apabila menerima pelbagai panggilan serta SMS berhubung hal itu, kami jadi terkejut, marah dan tidak senang juga,” kata Saleem sewaktu ditemui pada pertemuan damai antara dia, Adlin dan pihak Astro.
Akur dengan nasihat ramai supaya tidak mendiamkan diri terhadap insiden yang dianggap boleh memalukan serta menjatuhkan maruahnya, Saleem berkata, dia dan isteri serta pihak pengurusan syarikat rakaman mereka, Warner Music mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Adlin serta pihak Astro.
“Yalah, kita terkilan juga bila perkara seperti ini terjadi. Tertanya juga kenapa mereka buat macam ini sedangkan mereka sudah undang saya sebagai tetamu jemputan untuk memberikan kejutan terhadap Faizal yang membawakan lagu Blues Terengganu Kita pada hari itu.
“Lagipun ini soal maruah. Soal maruah bukannya boleh dibuat main-man. Soal maruah juga lebih penting daripada wang ringgit.
“Namun, selepas pertemuan ini diadakan dan sesudah Adlin serta pihak Astro memberikan penjelasan serta memohon maaf, saya rasa tiada sebab untuk kami tidak menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya serta berdamai. Sebab kami juga tidak mahu isu ini jadi berpanjangan.
“Cuma kami tetap akan tunggu (Adlin) mengemukakan permohonan maaf secara terbuka itu sebagaimana dipersetujui mereka.
“Malah menerusi perbincangan yang dilakukan dalam pertemuan ini, mereka sendiri bersetuju mengemukakan permohonan maaf itu menggunakan dua cara.
“Pertama, menerusi program diari AF4 yang disiarkan jam 9 malam semalam (kelmarin). Permohonan maaf secara terbuka itu akan dibacakan Aznil Nawawi.
“Kedua, menerusi Adlin sendiri yang akan mengemukakannya secara terbuka dalam konsert minggu keempat AF4,” katanya.
Sementara itu, Adlin menjelaskan, dia sama sekali tidak berniat mempersendakan Saleem apabila melontarkan isu berhubung ganja dan dadah kepada Faizal dalam konsert AF4 minggu lalu.
“Apa yang ada dalam kepala saya ketika itu lebih tertumpu kepada soal kempen antidadah.
“Kebetulan, filem terbaru lakonan saya Haru Biru yang akan muncul tidak lama lagi turut memaparkan isu dadah.
“Dan saya lihat juga, kebelakangan ini, kebanyakan kumpulan rock legenda banyak membabitkan diri dengan kempen antidadah.
“Ini bagi saya satu perkembangan yang cukup baik dan positif. Jadi, apabila saya membangkitkan isu itu yang sebenarnya ditujukan kepada umum dan bukannya Faizal, saya mengharapkan abang Saleem akan menyokong dan bersetuju dengan kenyatan yang saya buat.
“Namun, dalam pada sibuk memperkatakan perkara itu, saya tidak sedar pula kenyataan itu menyentuh sensitiviti dan mendatangkan rasa tidak puas hati segelintir masyarakat.
“Maka dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf pada abang Saleem serta beberapa pihak lain berhubung insiden itu. Percayalah, ia berlaku tanpa mengandungi apa-apa niat,” katanya.
Menganggap Saleem sebagai hero dan seorang ikon dalam industri muzik tanah air, Adlin juga akan memastikan perkara seumpama itu tidak akan berulang.
“Sepanjang menduduki kerusi juri tetap ini, saya sudah mula belajar secara intensif untuk mengetahui batas serta sempadan saya dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan.
“Insya-Allah, selepas ini saya akan lebih peka dan sensitif lagi terhadap suasana dan perjalanan konsert AF4 yang seterusnya,” katanya.
Rasanya malam ni takda update lah..Tunggu untuk esok yer..Anyway jangan lupa vote for Zila, Faizal & Diddy! Karen, miss you!